Wednesday 12 February 2014

Kolej Kelima Dayasari Universiti Malaya setelah hampir 18 tahun ditinggalkan...

Aku pernah menghuni kolej ini semasa tahun 1 di UM sekitar 90-an.. kini wajahnya tidak berubah dengan drastik..masih setia persis dahulu. Tiada siapa menduga sekarang aku menghuni kolej ini lagi..percaturan hidup masa depan tiada siapa yang tahu...kita hanya mampu merancang.. Allah maha mnegetahuinya.Kenangan yang kurakam  pagi tadi..semasa dalam perjalanan hendak menunggu bas. Pagi ini seawal 7 am dah keluar sebab tidak mahu memberi kemenangan kepada bas UM....suatu hari nanti semuanya akan menjadi kenangan terindah kerana kita insan kerdil yang tidak mampu mengembalikan masa yang sudah berlalu....

                                          
Tempat letak kereta
antara panorama yang menarik-pokok yang masih berjiwa untuk hidup walaupun rantingnya kering
                                                    
Setelah dua minggu, aku mengunjunginya....kelihatan nadinya sudah berdenyut semula, sudah ada putik muda...teruskan hidupmu

Si cantik manis merah jambu ni kutemui suatu petang...selama ni tak ku sedari kewujudannya..sungguh mempesona

Gerai kolej Dayasari

Camelia...blok yang kudiami, bersebelahan dengan blok Dahlia

Haaa...inilah tetamu-tetamu yang tidak diundang, datang time pagi dan senja-tetamu senja
Awas! Jangan nak buka tingkap sesuka hati...habissslah kalau tetamu masuk.

Blok pentadbiran masih sama macam dahulu