Sunday 30 November 2014

Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak-Santubung-25 November 2014

Kampung Budaya Sarawak terletak di Santubung, Kuching..kira-kira 32 kilometer dari bandar Kuching. Aku ke sini bersama-sama Arina kawanku dari Johor setelah hampir 10 tahun aku tidak jejak ke sini. Di sini ada menyaji dan menghidangkan budaya masyarakat Sarawak yang unik, menarik dan pelbagai. Di sini tergambar dan tercermin paparan gaya, cara, bentuk, corak dan pola hidup masyarakat atau lebih tepatnya etnik yang terdapat di Sarawak.  Di sini juga tercitra gudang jati diri masyarakat yang beridentiti dan berjati diri.Di sini tergambar kawah kreativiti masyarakat yang berbilang etnik di Bumi Kenyalang ..penan, melanau, iban, bidayuh, selako dan lain-lain..dengan persembahan dan visual kepercayaan termasuk gaya hidup mereka yang dapat diselami melalui intepretasi dan apresiasasi.





Bersama-sama Arina- di Rumah Melayu

Persembahan kebudayaan-tarian Orang Ulu



Latarnya Gunung Santubong



Sahabatku yang super-2005 hingga kini dan selama-lamanya....

Aku mempunyai seorang sahabat yang super dalam hidupku.  Dia biasa-biasa sahaja, bersederhana, bersahaja tetapi memiliki 'sesuatu' yang membuat aku mengingati dan mengenangnya. Pertama kali aku bertegur sapa dengannya semasa aku datang untuk menghadiri mesyuarat staf buat pertama kali di sekolah kedua tempat aku bertugas-SMK Lake. Dia sahabat yang super bagiku kerana hatinya sangat mulia dan baik. Selebihnya biarlah menjadi rahsia aku. Anaknya bernama Naily Atia memanggil aku dengan gelaran Mak Ara. Tiga beranak ini selalu kelihatan bersama-sama ke mana sahaja, memaknakan mereka sehati sejiwa dulu, kini, sekarang dan selama-lamanya...inilah dia sahabatku itu... Amy...
Wow...inilah dia sahabatku bersama-sama anak dan kekasih hatinya-semoga berbahagia sehingga hujung hayat.

Naily Atia yang cute-semoga berjaya dalam hidup

Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 di Bukit Jalil

Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak telah diadakan di Bukit Jalil pada 31Oktober hingga 2 November 2014. Karnival ini merupakan acara tahunan yang diadakan di semenanjung Malaysia dengan tujuan untuk menautkan silaturahim antara anak-anak Sarawak yang berada di semenanjung, antara anak-anak Sarawak dan Anak-anak Semenanjung selain memperkenal dan memperdagangkan budaya dan keunikan yang dimiliki Bumi Kenyalang. Pelbagai barangan dan kraftangan yang menjadi kebanggaan dan kemegahan Sarawak dipromosi dan dijual di sini. Antaranya kek lapis yang sudah tidak asing lagi, mee kolok, laksa Sarawak, tebaloi dan makanan tradisi yang lain turut dipamer, dijual dan dipromosi.
Kenangan bersama-sama Rohaizat dan anak-anaknya di karnival

Kenangan -pakar sulam keringkam dan pembuat kuih penyaram di karnival Lan Berambeh


Friday 28 November 2014

Seapsil3-Seminar Psikolinguistik 3 Anjuran UPM dan PPM pada 26 & 27 November 2014

Seapsil3 telah berlangsung pada 26 dan 27 November 2014 di Grand Maghretta Kuching. Aku salah seorang peserta  dan pemakalah dalam seminar ini. Rakan seperjuangan yang turut menyertai seminar ini ialah Arina Johari, Choo Min Sung (Korea) dan Awg Kasmurie. Seminar ini telah menjadi saluran bagi kami berkongsi ilmu dan pengalaman selain mencapahkan ilmu yang ada. Para pemakalah terdiri daripada ahli akademik dan sarjana-sarjana daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei. Para ilmuan telah berdiskusi dengan mengupas dan menghurai hasil penelitian yang telah dilakukan sebagai alternatif perkongsian ilmu dalam melestarikan budaya ilmu. Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak dalam ucapan sekapur sirehnya, menyeru agar seminar ini dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai kaedah melestarikan psikolinguistik dalam masyarakat selain menegaskan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam mengungkapkan pemikiran dan gagasan intelektual. Profesor Dato' Dr Mohd Fauzi Ramlan pula menyifatkan seminar sebagai landasan untuk meneroka ruang yang lebih lumayan, mempergiat penyelidikan dan memprakarsakan usaha yang lebih mantap ke arah pembudayaan budi bahasa. Prof Madya Dr Abdul Mua'ti pula mengetengahkan keperkasaan seminar ini sebagai ruang untuk menampilkan teori yang mampan dan amalan yang berkesan untuk pembentukan nilai budi.






Kenangan -Arina & Ernawati

Kenangan  bersama-sama dengan Dr Zaitul Azma-UPM pada hari pertama seapsil3.

Datuk Fatimah Abdullah merasmikan seapsil3
Choo Min Sung- peserta seminar seapsil3


Selesai membentang -menerima sijil daripada Prof Madya Dr Aina Dani

Rakan-rakan seminar-Arina, Ernawati Atan & Awg

Friday 21 November 2014

Wanita hebat yang aku kenali

Wanita ini ku panggil bonda dalam blog ini....kerana sewaktu ketika dahulu sudah menjadi tradisi keluarga apabila mengirim surat, maka inilah bahasa persuratannya. Lagipun kata panggilan bonda lebih berseni dan tinggi martabatnya. Bondaku sudah dua kali menjejakkan kakinya di Tanah Suci, syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepadanya. Kali pertama dengan kekasih hatinya, ayahandaku pada tahun 1999 ..menunaikan haji dan Jun 2011 ..menunaikan umrah dengan ditemani kekanda dan kawannya. Aku berasa bondaku wanita yang paling hebat dan teman yang setia lagi sejati. Kenapa?  Hari-hari yang kulalui bersama-sama dengannya menjadikan aku lebih istimewa, remaja, keanak-anakan, dewasa dan tahu berjuang dalam kehidupan. Wanita ini penuh kelembutan tetapi kata-katanya menyusup ke jantung sehingga membawa kedamaian dan kerasionalan. Wanita ini sangat-sangat penting dalam hidupku. Semangatnya yang hebat dalam melakukan sesuatu menghebatkan orang-orang yang terdekat dengannya supaya menghargai sesuatu yang kita ada. Wanita ini walau tidak berpelajaran tapi amat mementingkan pendidikan dan mampu melahirkan anak-anak yang bertanggungjawab dengan KEHIDUPAN. Selebihnya biarlah menjadi rahsia. Aku mohon kepada Allah agar memanjangkan usianya dan mensejahterakannya supaya aku sentiasa dapat memandang wajahnya,  berdiskusi dengannya, menyudukan air ke mulutnya, menyapu bedak ke mukanya dan mengurut sakit sendinya.
Kenangan Bondaku dan Kekandaku yang sulung  menunaikan Umrah-Jun 2011..bilakah aku dapat menjejakkan kaki di sini???

Kenangan dengan kawannya-Anggur



Bonda dan kekandaku


Thursday 20 November 2014

Panorama di sekitar teratak ayahanda dan bonda terchentaa

Keladi wangi
Si singkel



Lengkuas
Teh Sabah/Belalai Gajah(daun kanser)
si cantik manis pun ada

Kunyit




Orkid Long 

Orkid Teduh Kasih

Layan bunga-bungaan d sekitar teratak ini....pokok asam menjadi habitat bunga2

Orkid ungu

Bunga kertas


Sekeliling teratak ini penuh bunga-bungaan untuk menyerikan kawasan selain memberi ketenangan jiwa kepada penghuninya. Sesungguhnya bunga-bungaan dapat menjadi penawar dan menjadi halwa  mata. Aku suka menghayati bunga.