Saturday 3 January 2015

Berhikayat pasal makanan....

Dalam minggu ini, rasa nak demam tapi tak demam sebab awal2 dah makan ubat. Bila rasa demam mengganggu, mulalah teringin nak makan itu, ini dan macam2. Minggu ni teringin betul nak makan sup ikan tenggiri, apakah halnya. Sebab perasaan demam punya pasal. Tekak dah sakit dan gatal2. Nasib baik ada ubat nak dimakan. Nampaknya menguji sungguh sebab kena makan ubat berterusan takut batuk menjadi...seksa oiittt. Ohh....alangkah bestnya kalau di rumah, apa nak di makan boleh dapat. Apa2 pun syukurlah, terima seadanya situasi yang harus dilalui ini. Sabarlahh wahai hati, jangan menurut perasaan. Semalam makan nangka madu untuk hilangkan batuk.  Dapat tengok gambar sup ikan dalam my resepi pun jadilahhh...

Sup ikan merah nie...
AYAM
Ayam juga makanan yang aku suka. Ayam kampung paling sedap tapi susah nak dapat. Tanpa ayam, susahlah nak makan, tapi ayam tetap ada di mana2. Menu yang popular. Aku dua kali jumpa doktor sebab terlebih makan ayam...tak bagus jugak untuk kesihatan. Daging ayam yang berlebihan memberi kesan kepada perut. Jadi pantang makan ayam sementara, lepas tu, makan lagi tapi beringat. Namun menu ayam tetap menjadi pilihanku jika masakannya serasi dengan selera aku. Hari ini aku makan ayam tapi versinya lain, setakat boleh lah jer + pedas..adusss...Antara menu masakan ayam yang aku suka hasil pencarian dalam tenet....
Nampak sedap...

Ayam berempah

Sup ayam...nyam...nyamm

Ayam masak hijau..yummy..yummy
Sabarlahh...sabarrlah..rindu menggamit untuk pulang. Aku nak makan makanan yang aku ingin nak makan. Januari aku akan pulang juga. Terima kasih Januari kerana memberi aku peluang ini...harap2 tiada aral.

No comments:

Post a Comment