Tuesday 20 January 2015

Seminar Linguistik 2015 Day 1

Seminar Linguistik 2015 (sLiK2015) telah diadakan di DBP Kuala Lumpur pada 20 & 21 Januari. Seminar ini  merupakan anjuran Persatuan Linguistik Malaysia, DBP & UKM. Seminar ini diadakan untuk merekayasa dan memperkasa keampuhan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berkeupayaan menjana budaya ilmu. Karisma bahasa Melayu sering dipertikaikan oleh pihak yang tidak mengerti dan tidak menginsafi akan tendensi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Profesor Dr  Nor Hashimah Jalaludin yang merupakan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia menyuarakan kebimbangan beliau akan gelora yang sedang melanda bahasa Melayu. Hal ini lebih-lebih lagi apabila anak muda zaman ini yang seolah-olah tidak menghargai bahasa bumi sendiri malahan bangga dengan bahasa penjajah. Dalam ucaptamanya, beliau mencanang contoh kemajuan yang telah dicapai oleh negara-negara maju yang mengagungkan bahasa di bumi sendiri, seperti Korea, China, Jepun dan negara-negara lain. Situasi ini memberi gambaran bahawa bahawa bahasa Melayu juga berwibawa dan berkarisma untuk menjana kemajuan negara jika fungsi dan keupayaannya dipugar dan digali sehingga ke akar umbi. Walau bagaimanapun, peranan pihak yang berkuasa tidak dapat dinafikan dalam hal ini kerana langkah penguatkuasaannya akan mampu mengubah keadaan sedia ada, iaitu mengembalikan keperkasaan dan karismatik bahasa Melayu.

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia-Prof Datuk Dr Nik
Safiah Karim

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia-
Profesor Dr Nor Hashimah Jalaludin

Antara peserta seminar

Pembentang

Kawan lama UKM yang hadir-Nurul

Prof Madya Dr Indirawati, Niza, Azimah & Haniza

Selepas membentang-kenangan dengan Dr Zaitul dan rakan pembentang
SLiK 2015

No comments:

Post a Comment