Thursday 30 June 2016

30 Jun- Ramadhan Day 25

Hari ini 30 Jun, sudah 25 hari berpuasa. Syukur kerana masih bernafas dan sihat. Terima kasih Allah. Ya Allah...sihatkan ibu bapaku, panjangkan usia mereka. Ya Allah..sihatkan lah aku, berilah aku kejayaan...tingkatkan kebijaksanaanku dalam menghadapi cabaran, dalam mentafsir, dalam belajar, dalam membentang..mudah2an semua yang mendengar faham dan yakin mendengarnya. Ya Allah..hanya kepadaMu ku memohon. Allah, berilah kejayaan yang besar, keyakinan yang tinggi, ketenangan jiwa, keberanian dan ketabahan untuk menghadapi hari2 mendatang. Hari ini aku balik kampung...Balik kampung...ooo..balik kampung...KLIA2 to Kuching..









Wednesday 29 June 2016

29Jun-Ramadhan Day 24

Hari ini sudah 24 hari puasa. Terima kasih Allah atas rahmat kurniaMu. Ya Aalah, panjangkan usia ibu bapaku...sihatkanlah mereka. Ya Allah ampunkan dosa2ku, berilah kejayaan, kebijaksanaan, keberanian, keyakinan dan kesabaran. Lindungilah hambaMu yang lemah dan daif ini. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini bersyukur atas kurniaanMu selama ini. Hari ini berjumpa SV untuk berbincang tentang Akademika untuk second round. Syukur segalanya berjalan lancar. Terima kasih Allah.




Aku hari ini...tudung ku jahit sendiri...tak sempurna tapi puas hati hasil kerja sendiri.

Tuesday 28 June 2016

28 Jun-Ramadhan Day 23

Hari ini...sudah 23 hari puasa di bulan mulia ini. Terima kasih ya Allah atas rahmat dna kurnia Mu kepada hamba yang kerdil ini. Panjangkan usia dan sihatkanlah ibu bapaku,  sihatkanlah aku dan ahli keluargaku, rakan2ku, dan seluruh umatMu. Ya Allah...berikanlah kejayaan yang besar, iman yang benar, berikanlah kebijaksanaan, lancar dan fasihkan lidahku agar bahasaku difahami dengan jelas. Sesungguhnya hanya Engkau maha mengethaui, memahami dan menjadikan segala2nya. Tingkatkan kesabaranku dan jauhilah aku dari sifat2 mazmumah.



Ramadhan tinggal 7 hari lagi...rindu dan sedihh


sangat2 indahh


Aku hari ini..di bilik karel 7

Monday 27 June 2016

27 Jun-Ramadhan Day 22

Hari inisudah 22 hari berpuasa. semoga terus sihat untuk meneruskan ibadat yang mulia. YaAllah, tabahkanlah hatiku, tenangkanlah jiwanku. Hidup ini diduga sama ada kecil atau besar. Hari ini mnugkin aku telah menyinggung hati seseorang. Aku meminta dia tidak mengadu (aduan lebih berupa mengata) kepadaku lagi..mengadu dengan Allah. Aku mengharapkan aku tidka disalah anggap. Aku harap orang itu tidak berkecil hati...aku harap tujuan aku dimengerti dna difahami..bukan nak mengajar tapi mengingatkan..aku bukanlah sempurna..masih banyak kelemahan. Aku kira tidak salah memintanya bercerita kepada Allah dna berdoa daripada mengadu kepada hamba yang kerdil. Bukan tidak mahu mendengar tapi tidak mahi bersubahat ...dah di bulan mulia ini. Ya Allah..ampunkan dosa2ku, panjangkan lah usia ibu bapaku, sihatkan mereka. Allah ...berilah aku kejayaan, kebijaksanaan, ketenangan jiwa. Jauhi aku dari  sifat2 mazmumah. Aminnn..



hati2 dengan hukum karma...hidup di dunia beginilah

Sunday 26 June 2016

26 Jun- Ramadhan Day 21

Hari ini 21 hari sudah puasa dalam bulan mulia ini. Syukur ya Allah. Semoga aku terus sihat dan berbakti kepada ibu bapaku, keluarga, rakan2, masyarakat dan bangsa. Sihatkan ibu bapaku, panjangkan usia mereka. Ya ALLAH, berilah aku kekuatan, keberanian, ketenangan jiwa, kebijaksanaan dan kejayaan dalam perkara yang berfaedah yang aku lakukan. Ampunkan dosa2ku ya Allah yang maha mengetahui, memahami, pengasih lagi penyayang.

Hari ini membacabuku yang dibeli semalam- Detoks Hati Anda (2016) oleh Mejar Mohammad QayyumTerbitan Casamas.
 Antara yang mengesankan: "Kebahagiaan itu Membuat Kita Lebih Bijaksana, dan Kebijaksanaan itu Menjernihkan Hati dan Fikiran."
"Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya" (hlm.49)
"Belajar mensyukuri hal-hal buruk dalam hidup, dan belajar sabar dan tegar jika ada hal-hal buruk menimpa hidupmu agar hidup ini terasa indah" (hlm.208)





sesungguhnya maha benar, janganlah kita menanang kesakitan dan kesusahan atau sebarang masalah tanpa tujuan dan manfaatnya, sebaliknya bersabar dan bermohon dengan Allah...minta pada Allah, mensyukuri apa-apa yang berlaku dan menjadikannya sebagai titik untuk mengatur langkah

Kenangan dengan Sahabat2 Ku

Sahabat2ku  SPM 1988..yang masih berada di sampingku. Terima kasih sahabat2ku. Sania, Rabiah Ruby Ana, & Masuri yang semuanya sweet dan cute. Semoga kalian mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Semoga kita sama2 berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya hidup ini amat singkat yang kita tidak jangka. Kitaisi dengan mesra, dengan damai, dengan aman, dengan tawadhuk agar mendapat keberkatan daripada Allah maha pengasih lagi penyayang. 
Sania, Mas,& Biah-- teruskan ceria dengan orang2 yang tersayang di sekelilingmu, tabahlah menghadapi hidup,semoga berjaya semua.

ini sekolah lamaku-SMK LUNDU-jasamu tidak terhingga-syukur & terharu-di sini tapak perhimpunan tempat aku, rakan2 dan warga sekolah berdiri mendengar kalimat2 penuh bermakna daripada pengetua dan para guru-Terima kasih cikgu2.. Ilmu yang dicurahkan umpama seluas lautan,  sehamparan padang, setinggi gunung..seberharga emas, intan berlian.

pokok ini masih ada dan kelihatan muda setelah dimudakan walau kami sudah merangkak usia


pokok ini semakin membesar

kami berempat kini-2016

tempat letak kereta guru dulunya hingga kini



kami di bawah pokok nostalgia

Add caption



Aku & Nia yang ceriaaa



kami berempat

Gunung Gading itu lambang kemegahan dan keindahan

kami bertiga hanya menuruti arahanPuan Director Sania..hehe

Biah, Mas & Aku

aku & Mas yang sweet

Saturday 25 June 2016

Seminar Win Your Viva 25 Jun 2016

  WIN YOUR VIVA
Hari ini aku menyertai seminar Win Your Viva di fakulti Pendidikan UPM. Aku bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ilmu sebegini. Mudah2an aku mendapat ilmu yang bermanfaat dan dapat menggunakannya dalam pelbagai situasi.Banyak manfaat yang bukan sahaj untk viva...sebenarnya untuk viva tu lebih kepada teori...masih bersifat try and error tapi motivasi yang diberikan dapat memberi keyakinan untuk menghadapi cabaran, menguatkan semangat, mencekalkan hati, dan yang lebih penting bersedia dengan mental yang terbuka. Persediaan mental itu sangat2 penting dalam menghadapi viva kerana apabila mental bersedia, kita akan lebih bijaksana dalam menghadapi tindak tanduk examiner. Dalam peperangan ini sifat tawadhuk harus dilestarikan dalam diri kita. Apa2 pun semuanya, kita "MESTI KEMBALI & TAWADHUK KEPADA ALLAH, MEMOHON & BERDOA KEPADA ALLAH MAHA PENCIPTA, BERDOA DENGAN KHUSUS". Banyak perkara yang menarik dan motivasi yang diperolehi dalam seminar ini...kata2 Mejar Mohammad Qayyum yang bolehmeningkatkan MOTIVASI DIRI dalam menghadapi sebarang cabaran khususnya salam VIVA:

"More yuor Learn, More You Earn"
"Naik ke Pentas dengan Persiapan, Turun dengan Penghormatan"
"Berundur Bukan Bererti Kalah Tapi Berundur mengatur Langkah"
"Only the Best Can Give the Best"
"Kecilkan Masalah Besarkan Peluang"
"Angan2 itu Membenih, Cita2 itu Menjernih"-A. Samad Said






Fakulti Pengajian Pendidikan UPM

dengan Milah





khazanah berharga

ketika mmeperkenalkan diri




gelagat ketika penceramah berceramah

inilah peserta2 yang hadir pada hari ini..semoga semua mendapat manfaat.