Monday 13 June 2016

13 Jun-Ramadhan Day 8

Salam ramadhan..hari ke-8...syukur pada Mu ya Allah. Hari ni bercakap tentang rezeki... rezeki ada di mana-mana, jangan takut kalau itu rezeki kita. Allh maha mengetahui dan pemberi. Aku tidak berkira sangat dalam membantu orang lain...asalkan betul cara dan jalannya. Mudah2an pekerjaanku juga lancar..itu yang kuharapkan. Allah lebih arif dan tahu segala-galanya..Maha suci dan besarMu Allah...segala rahsia dan keajaiban Mu tersimpan kukuh...keajaibanMu sangat indah. Terima kasih ALLAH. Sihatkan dan panjangkan umur emak dan bapakku..ahli keluarga, rakan2ku dan seluruh umat Mu. Semoga segala pekerjaan lancar hari ini.

    Kelebihan Ramadan (sumber: http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html)
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
       
       

       

No comments:

Post a Comment