Monday 20 June 2016

20 Jun-Ramadhan Day 15

Hari ini hari ke-15 berpuasa...syukur alhamdulillah...masih bernafas dan beramal ibadat. Ya Allah...berilah kekuatan, kesihatan, ketenangan jiwa, keberanian dan kefasihan dalam mengharungi perjuangan yang belum selseai ini. Panjangkanlah usia emak dan bapakku..sihatkanlah mereka. Terima kasih Allah kerana memberikan rahmat kurniaMu kepadaku insan kerdil ini.

Hari ini..membaca buku Za'ba yang diberi nafas baharu oleh Asmah Haji Omar... bertajuk Perangai Bergantung pada Diri Sendiri Edisi Khas. Banyak perkara realistik dna berpijak di bumi nyata yang dibongkar dalam buku ini yang seharausnya dibugar agar mekar menjadi amalan masyarakat Melayu.
Antara yang menarik...

                               "Perangai bergantung kepada diri sendiri itu boleh dikata akar tunjang atau umbi kejayaan; kerana ialah asas tempat berdiri segala kemajuan naik untuk meningkat kepada kemenangan."

Pesanan Pendeta Za'ba "Kekayaan saudagar pundi-piundi emasnya. Kekayaan Pendeta keping-keping kertasnya."

Sungguh benar kata-kata ini. Usaha diri sendiri itu lebih berkatnya, lebih majunya, lebih mendalam sifatnya, lebih arif dalam segala dan lebih menebal ilmunya. Sesungguhnya, Allah akan memberikan kejayaan dan rahmat kepada yang berusaha sendiri.







No comments:

Post a Comment