Saturday 15 April 2017

Bengkel Didik Hibur-Kamishibai Peringkat Antarabangsa 2017

PERSEDIAAN SEBELUM BENGKEL DIDIK HIBUR

18 hingga 20 April merupakan hari berlangsungnya bengkel didik hibur ini. JPM sebagai urus setia dan harus memastikan atur cara bengkel berjalan lancar. IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak dan Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan & Majlis Perbandaran Johor Bahru merancang dan mengadakan Bengkel Didik Hibur-Kamishibai Peringkat Antarabangsa pada 18 hingga 20 April 2017. Program ini merupakan salah satu langkah untuk memantapkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sekali gus  meningkatkan kemahiran dan kualiti latihan guru ke arah melahirkan guru bertaraf dunia (global). Program ini melibatkan  pensyarah-pensyarah IPG, guru Bahasa Jepun serta guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah, guru-guru Bahasa Melayu dan Pemulihan sekolah rendah dan guru-guru prasekolah dari beberapa negeri di Malaysia. Program pengantarabangsaan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dalam pelbagai aspek. Antara pendedahan yang diharapkan adalah seperti berikut :



Mendedahkan Teknik Bercerita Kamishibai (pentas kertas)  yang dipopularkan di Jepun. Teknik ini digunakan secara meluas di banyak negara kerana sifat versatil yang dimilikinya serta keberkesanannya dalam meningkatkan  minat membaca dan menulis dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, teknik ini amat kurang digunakan di Malaysia kerana tiada sebarang pendedahan tentang teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. 

  

Mengumpul data untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat aspek pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan pensejarahan masyarakat Malaysia menerusi kepelbagaian teknik dalam konteks kelas terbuka atau open classroom. Objektif ini dapat menerapkan nilai-nilai yang baik untuk dikongsi bersama-sama dengan warga pendidik di Malaysia.

Memberikan peluang kepada para pensyarah dan guru-guru untuk menghasilkan bahan bantu belajar berlandaskan teknik Kamishibai dalam pelbagai subjek dan topik-topik yang bersesuaian yang selari dengan inisiatif dalam transformasi IPG untuk mempromosi keupayaan dan aktiviti penyelidikan.

           




banner yang sudah dipasang di depan IPTAR



Sekitar persediaan bengkel di ULDP


















No comments:

Post a Comment