Wednesday, 31 December 2014

Hari terakhir 2014...31Disember

Hari ini 30 Disember merupakan hari terakhir bagi tahun 2014 dan telah menyaksikan pelbagai musibah yang melanda negara. Apapun yang berlaku, kehidupan harus diteruskan seperti seadanya. Walaupun kita tidak memberi sumbangan yang besar, sekurang-kurangnya kita menjadi insan yang berguna di mata masyarakat dan berfaedah kepada negara. Jangan jadi sampah dan parasit yangtidak sedar diri.  yang Hatta rumput dan tumbuhan di tepi jalanan lagi berguna kerana dapat menyerikan alam, apatah lagi kita makhluk yang bernyawa dan berjiwa. Layani panorama hari ini dan tumbuhan yang menarik perhatian saat menelusuri titian hari terakhir 2014 ini....

Hatta hanya rumput di tepi jalanan, namun dapat menyerikan alam

Menarik dan menceriakan alam-lokasi sekitar KK5 UM
Tumbuhan penghias alam yang setia-lokasi di hadapan cafe KPS UM



Suasana dalam perpustakaan level 2, pelajar UM sedang
mengulang kaji sempena peperiksaan

Sekelumit yang indah mengakhiri 2014, artikel terbit dalam PB
Januari 2015 -Prinsip Perancangan dalam HKM

Artikel bertajuk Konferensi Internasional Malaysia-Indonesia
ke-8 terbit dalam majalah Dewan Bahasa-buah yang dinanti-nanti


Panorama hari terakhir 2014 di bus stop UM
"bumi mana yang tidak basah bila hujan mencurah" 

Hujan lebat menghiasi senja 31 Disember-lokasi depan ML UM
Character ku...hasil test personality di facebook


Semoga yang pahit dan perit sepanjang 2014 berlalu dengan damai tanpa sengketa dan angin jahat. Semoga 2014 .... mengundur diri dengan sopan, melangkah dengan tertib dan bebaskan hati2 yang remuk, tanah-tanah yang terluka, pokok2 yang menangis, jalan2 yang gerimis dan titik2 yang bernoda...SELAMAT DATANG 2015...HARAPAN & IMPIAN YANG MENGGUNUNG.

Tuesday, 30 December 2014

Berita Hari ini ..30 Disember 2014

Hari ini menyaksikan kesyahduan, kesayuan, kepiluan dan kekecewaan apabila segalanya jelas di depan mata. Walaupun perit namun perlu dihadapi dengan redha. Kebenaran terbentang luas di depan mata, hakikatnya harus diterima. Misteri sudah terungkai, sudah terjawab apabila pesawat AAsia yang terputus hubungan dan hilang dijumpai di Selat Kiramata. Ahli keluarga yang terlibat pasti sukar menerimanya...apa pun semuanya harus ditelan biarpun persis hempedu.

Sekurang-kurangnya, walaupun pahit dan perit...misteri QZ 8501 terjawab pada hari ke-3 kehilangannya. Bagaimana dengan MH 370 yang hingga hari ini dan sehari lagi 2014 hendak melabuhkan tirainya, masih menjadi misteri yang tinggal misteri. Walaupun tragedi yang menimpa MH 17 amat tragis dan sadis, sekurang-kurangnya hakikat itu dapat ditelan. ...Di manakah MH 370 bersembunyi? Tidurkah MH 370???Sedang lena diribaan siapakah MH 370?? Sedang mengembarakah?? Sedang d mana?? Hanya Allah yang maha tahu.

Sunday, 28 December 2014

2014 Bakal Melabuhkan Tirainya....

Hari ini 28 Disember....imbas kembali TAHUN 2014...tahun 2014 merupakan tahun yang amat meletihkan dan tahun ujian, cabaran, dugaan bagi Malaysia. Rentetannya, bermula dengan kehilangan MH370 pada bulan Mac 2014. Ini persis tragedi misteri yang sehingga hari ini masih belum terjawab dan menjadi tanda tanya seluruh warga Malaysia khususnya, seluruh warga dunia amnya. Suatu kegemparan dan kemusykilan yang hanya Allah maha mengetahuinya. Belum lagi selesai pencarian yang tiada noktahnya, Malaysia terpaksa akur dengan tragedi yang tragis apabila pesawat MH17 pada bulan Julai 2014 terhempas akibat tembakan yang kononnya peluru sesat di ruang udara Ukraine setelah berangkat dari Armsterdam menuju Malaysia. Tragedi-tragedi yang tidak terjangkau oleh akal ini sangat meruntun, memilu, menyayu, menyedih dan menyentuh hati keluarga yang terlibat. Mulai 24 Disember, Kelantan pula dilanda banjir besar yang setelah 30 tahun tidak berlaku seperti itu. Diikuti Pahang, Perak dan negeri yang lain. Ramai yang menjadi mangsa banjir akibat kehilangan harta benda, malahan ada yang kehilangan ahli keluarga. Masalah banjir masih belum surut walaupun ada kawasan yang dilanda banjir airnya sudah surut, namun Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Air Asia yang berangkat dari Surabaya menuju ke Singapura. Musibah lagi....semoga segala musibah menjadi ingatan dan pengajaran untuk kita MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH hanya DIA yang mengetahui, yang membantu, yang mengasihi...teruskan berdoa. Sesungguhnya, rahsia Allah maha indah.

Berita tentang pesawat yang hilang

Keadaan mangsa banjir yang dipindahkan, semoga tabah mengharunginya


Perniagaan diteruskan walau dalam keadaan banjir
Semuanya  menjadi sejarah yang harus dikenang kerana sejarah itu memberi pengajaran kepada semua. Sejarah pasti berulang jika manusia tersilap langkah dan alpa akan sejarah silam yang kusam. Semoga 2014 yang tinggal sisa berlalu dengan damai.



Situasi banjir yang harus diterima seadanya

Keprihatinan rakyat Malaysia, hulurkan tangan...ringankan bebanan

Situasi banjir di Temerloh,  Pahang

Friday, 26 December 2014

The Final Hobbit ...The Battle of the Five Armies


Menonton bersama2 dengan Su dan Ainie
Baru nak update peristiwa semalam....
Semalam ialah hari  cuti di seluruh Malaysia, sambutan hari Krismas. Jadi hari ini aku bercuti melihat tesis. Hobbit sudah ditayangkan mulai 18 Disember. Hobbit merupakan sebuah karya pascamodenisme yang ampuh di hujung pena Peter Jackson. Pascamodenisme merupakan satu fasa apabila karya-karya yang terhasil di hujung pena penulis bergerak ke arah penciptaan yang sudah tidak realisme, yang anti-realisme, yang realisme magis, intertekstual, semiotikal, pastis, lotta,kits, parodi, metahistoriografik dan metafiksyen. Karya sebegini tidak lagi mementingkan cerita atau fabula sebaliknya memberi penegasan pada pemikiran, ideologi, falsafah dan situasi kehidupan. Aspek semantiknya tidak lurus sebaliknya berganda, tersembunyi, remang, tidur, taksa dan menyerap. Tugas pengarang dan pengkritik lebih kepada menyusuri makna-makna yang sedemikian. Titik tolak karya pascamodenisme apabila gerakan teks-teks avant-garde dan arriere-garde semakin mantap. Karya pascamodenisme dimulakan oleh dekonstruksi yang yang dimiliki Derida. Pascamodenisme mempunyai sejarah yang panjang dan dilanda pelbagai kontroversi dari segi definisi dan signifikasi namun pascamodenisme sebenarnyaisme sastera yang menjadi pusat perbincangan besar dalam karya sastera. Pascamodenisme membawa satu pembicaraan karya yang cukup meriah setelah sekian lama didominasi  oleh modenisme. Antara tokoh terkemuka ialah Foucault, Derrida, Lyotard, Lacan, Jameson dan Norris.  Pascamodenisme  bergerak dan menelusuri aliran pemikiranya dengan membongkar susunan, siatem, struktur dan tatanan narasi besar sambil menihilkannya. Dasarnya, pascamodenisme merekonstruksi karya zaman modenisme namun masih mempertahankan modenisme yang baik.        

     






Friday, 19 December 2014

Peristiwa Hari ini 20 Disember 2014

Penghujung 2014 biarlah diakhiri dengan kenangan dan sesuatu yang indah sebagai lipatan memori. Hari ini aku menghadirkan diri ke program yang dianjurkan fakulti dengan ditemani Suhana. Ada sesi dialog dengan TP APM,UM. Kehadiran ini amat bermakna sekali kerana dapat mengenali rakan-rakan seperjuangan di APM.

Wajah-wajah pelajar ijazah tinggi APM,UM

Dewan Semarak APM

Foto kenangan-Cik Fah yang cute dan Pn Ina yang sweet

Su dan Haniza

Prof Madya Dr Nor Hisham Osman,TP APM-celotehnya sentiasa
menggamat dan menggeletek hati, cool gitu..

Inilah LO  atau Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai pada peringkat PhD..ada 7 semuanya
bukan hanya untuk mendapat title saja


Hadir 3 seminar di fakulti dalam masa satu semester-ada surat
makluman dan terima kasih diberi kepada yang hadir

7 sem untuk konvo dan mendapatkan insentif drpd UM..sahutlah cabaran
Menjamu selera...amboi Su...hehee

Di belakang sana kelihatan kakitangan APM yang bekerja keras untuk mengadakan
program dan sabar membantu serta melayan karenah kami pelajar ijazah tinggi selama ini.

Thursday, 18 December 2014

Peristiwa hari ini...18 Disember 2014

Sepanjang minggu ini, kesangatan keletihan mental apabila diterjah sang dugaan yang merupakan mainan hidup. Hari ini sedikit kelegaan berputik...semoga perjalanan selepas ini  lebih baik meninggalkan yang berlalu....Cabaran, dugaan, ujian, masalah dan yang sewaktu dengannya umpama siratan dalam kehidupan yang fana ini.

Hari ini aku berjalan....
Aku melihat seorang gadis seksi yang anggun
aku melihat seorang jejaka tersenyum dengan telefon di tangan
aku melihat seorang gadis menangis..mengapa?
Aku melihat seorang gadis sebangsa memujuknya
aku melihat seorang wanita terhincut2 melntas jalan
aku melihat diriku sedang mengamati sekelilingku
pada SAAT aku melintas

Hari ini aku berfikir....
bersediakah menghadapi gelombang ganas
bersediakah mengharungi ombak tsunami
bersediakah merentas lautan api
bersediakah menelusuri ranjau
Hari ini aku bertemu.....
Seorang mantan pelajar phD
yang sudah bergelar Dr, iaitu Dr Nadar
yang sudah berjaya meraih gelaran
yang berjaya merentasi halangan
hari ini aku dan Komathi berfoto dengannya untuk mendapat tempias aura
kata Dr Nadar...dia rindu untuk ke library..
senyuman kegembiraan Dr Nadar
Hari ini ada ucapan tahniah.?.....
KELETIHAN yang melanda sepanjang minggu diusaikan dengan ucapan tahniah yang membuat keletihan menghilang buat seketika...Ucapan ini amat bermakna sepanjang menelusuri perjalanan yang meranjau ini. Lebih manis lagi ucapan ini datang daripada dua orang insan yang bermakna dalam perjalanan ini....hari ini sampel Bab 4 dipersetujui. Perjalanan diteruskan walau hati galang dengan permainan dunia yang sudah tentu harus dihadapi dengan tabah dan kental. Ya Allah hambamu ini sangat kerdil dan mendambakan pertolonganMu.

Saturday, 6 December 2014

Imbasan Pembentangan Proposal -APM UM-pada 18 Ogos 2014

Pembentangan proposal telah berjalan dengan lancar pada 18 Ogos 2014, syukur alhamdulillah...kajian diteruskan..semoga perjalanan selepas ini lancar dalam menuju destinasinya....layanlah foto-foto pada hari berkenaan...dan hari-hari seterusnya dalam memori pengajian kami di APM,UM.

Kenangan dengan Nasihah

Bentang olok-olok sebab tu sempat senyum sebelum bentang sebenar
Saat sedang membentang

Arina sedang membentang-Prof Madya Dr Razak & Dr Rohaidah sebagai penilai kami


Selepas pembentanagn-Puteh, Arina & Nasihah

Nasihah, Aku &Arina dibimbing oleh supervisor yang sama
Haha...mulai bulan November kami sudah berempat..tudung biru -Haniza dari USM 
Sempat berposing selepas perjumpaan dengan penyelia -8 Disember 2014

Tadaaa......inilah sv kami berempat-Prof Madya Dr Indirawati Zahid