|
Menonton bersama2 dengan Su dan Ainie |
Baru nak update peristiwa semalam....
Semalam ialah hari cuti di seluruh Malaysia, sambutan hari Krismas. Jadi hari ini aku bercuti melihat tesis. Hobbit sudah ditayangkan mulai 18 Disember. Hobbit merupakan sebuah karya pascamodenisme yang ampuh di hujung pena Peter Jackson. Pascamodenisme merupakan satu fasa apabila karya-karya yang terhasil di hujung pena penulis bergerak ke arah penciptaan yang sudah tidak realisme, yang anti-realisme, yang realisme magis, intertekstual, semiotikal, pastis, lotta,kits, parodi, metahistoriografik dan metafiksyen. Karya sebegini tidak lagi mementingkan cerita atau fabula sebaliknya memberi penegasan pada pemikiran, ideologi, falsafah dan situasi kehidupan. Aspek semantiknya tidak lurus sebaliknya berganda, tersembunyi, remang, tidur, taksa dan menyerap. Tugas pengarang dan pengkritik lebih kepada menyusuri makna-makna yang sedemikian. Titik tolak karya pascamodenisme apabila gerakan teks-teks avant-garde dan arriere-garde semakin mantap. Karya pascamodenisme dimulakan oleh dekonstruksi yang yang dimiliki Derida. Pascamodenisme mempunyai sejarah yang panjang dan dilanda pelbagai kontroversi dari segi definisi dan signifikasi namun pascamodenisme sebenarnyaisme sastera yang menjadi pusat perbincangan besar dalam karya sastera. Pascamodenisme membawa satu pembicaraan karya yang cukup meriah setelah sekian lama didominasi oleh modenisme. Antara tokoh terkemuka ialah Foucault, Derrida, Lyotard, Lacan, Jameson dan Norris. Pascamodenisme bergerak dan menelusuri aliran pemikiranya dengan membongkar susunan, siatem, struktur dan tatanan narasi besar sambil menihilkannya. Dasarnya, pascamodenisme merekonstruksi karya zaman modenisme namun masih mempertahankan modenisme yang baik.
|
|