Wednesday, 15 April 2015

Seminar Epistemologi Melayu 2015

Kenangan dengan peserta seminar di APM, UM..Peluang
menggayakan tudung kelingkan
Kilauan kecemerlangan Melayu dalam Simposium Pengetahuan Peribumi 2015

Bertempat di Bilik Kiambang, Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Melaya telah berlangsungnya Simposium Pengetahuan Peribumi Melayu 2015 yang bertemakan “Epistemologi Ilmu Melayu”. Simposium ini merupakan anjuran Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM), APM buat julung-julung kalinya pada tanggal bersejarah 15 dan 16 April 2015. Penganjuran ini berlandaskan dua objektif, iaitu untuk mengenal pasti kearifan Melayu yang semakin dilupakan dan membentuk medan perkongsian maklumat berhubung kearifan ilmu. Hari ini menyertai seminar tentang Melayu di APM dianjurkan oleh PKKM UM. Aku bersama2 Aida Qamariah..Pembentang merupakan pakar2 dan tokoh terkenal. Antaranya Prof Dr Muhammad Hj Salleh, Prof Datuk Dr Hashim Awang dan ramai lagi.







Peserta yang hadir-Aida, aku n Shapiza

Datuk Yaakub Harun-Penasihat Seminar

Dr Norhayatie -pengerusi










Tudung Kelingkan



Menggayakan tudung Kelingkan


Jejak kelingkan




Aku, Dr Yatie Kelate, Aida Q, n Suhana






Dr Tamasailau Suaalii-Sauni membentang tentang Pacific(Samoan) Research

Poster pameran
Penat berfoto hari ni tapi puas hati sebab dapat menggayakan tudung, walaupun hanya sekejap. Terima kasih... Suhana Sarkawi & Dr Yatie Kelate.

Aku pulang lagi....10 hingga 14 April..

Aku pulang lagi...walaupun sekejap tapi cukup untuk melepaskan rindu... Dapat berjumpa mak, apak, kawan n adik-beradik. Bunga2 d sekeliling...setia dengan senyumannya...10 hingga 14 April berada di kampung...




The beauty of orchid


Bunga raya putih mencakar langit.


Senyuman si pink n kuning...menyegarkan mata

Walaupun sekejap tapi hati puas..aku akan pulang lagi ...aku harus meneruskan perjuangan yang belum selesai...

Thursday, 9 April 2015

April Datang Lagi....


Sudah 9 hari melewati bulan April....tak terasa saat bergerak, minit berlalu, jam berputar...lumrah alam. Belum ada satu pun entry bulan April. Kenapa? Sibuk agaknya. Sibuk dengan tesis yang memerlukan belaian dan layanan umpama seorang bayi. Tesis memerlukan sentuhan setiap hari dan ketika, bukan mudah sebenarnya. Perjuangan harus diteruskan keran perjuangan belum berakhir selagi nadi berdenyut dan jantung berdegup...dalam sibuk aku tetap rindu pada sebuah wajah .... aku ingin pulang...sebelum manik-manik jernih terburai ....

Aku tetap menulis selagi berhayat, inilah masa dan ruang aku..aku tak akan menoleh ke belakang lagi...memandang masa lalu sebagai ilusi dan masa akan sebagai realiti. Sajak sulung ku diterbitkan dalam Pelita Bahasa keluaran November 2014. Terima kasih Bahagian Majalah DBP dan Editor PB yang menghiraukan luahan ideaku yang tak sehebat orang lain. Sajak ini dicipta sempena kenangan menghadiri seminar di Hankuk Uni Seoul Korea Selatan pada 13-17 Mei 2014...
Sempena Persidangan di Hankuk Uni of Foreign Studies, Seoul Korea Selatan


November 2014




Sopan bahasa
(secebis kenangan dari universiti Hankuk, Korea Selatan)
Ku garap maksud sopan
Dari Asmah Haji Omar
 Sampai Teo Kok Seong
Ku seberangi lautan
Menggarap kata-kata
Pak Tenas Effendi
Yang kesopanan
Tanda jati diri

Ku selak dunia Barat
Demi mu sebuah sopan
Ku temui Leech, Grice dan Brown
Terukir nama-nama besar
Ada semantik
Ada pragmatik
Ku adaptasi
Ku terokai

Ku hamparkan kepada dunia
Ku sulamkan dengan kata-kata
Ku tenun dengan bicara
Ku anyam sebuah mantera
Inilah jati diri Melayu
Bertuahnya Melayu
Kerana bahasa sopannya
Seperti berbuahnya kayu
Seperti  rimbunnya pohon

Ku bangga
Menghamparmu
Di medan bicara
Biar dunia silu mendengarnya
Betapa gahnya
Yang memiliki
Yang membudayamu
Walau di pelosok mana
Di maya
Di dunia nyata
Di mana saja
Hanya demimu
Sopan bahasa
Yang akan terukir dibibir
Yang akan terpahat dikalbu

Sara Beden
Universiti Malaya




Arina...aku dan Suzie King lecturer bhs Indonesia di Beijing University..