Thursday, 10 September 2015

Terima kasih Allah Maha Agung

Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kegelisahan, kerisauan dan ketidaktenangan jiwa yang melanda sebelum ini, telah terlunas. Terima kasih Allah kerana memahami dan menghargai doaku...insan yang lemah serba daif ini. Terima kasih sahabat-sahabatku, adikku yang memahami rentetan perjalanan sketsa ini.Sahabat2ku yang baik hati dan super (istilah Pak Mario Teguh) semoga kita berjaya dunia dan akhirat. Kak Tie walau dipisah laut China Selatan, kata2mu menusuk dan membangkitkan lenaku yang panjang, menguatkan urat-uratku yang hampir rapuh, meneguhkan tekadku yang yang kian terburai....terima kasih Allah
ada kenangan indah di sini

menyaksikan senja melabuhkan tirainyaa kerana dicemburui malam

nampak tenang tapi ada gelora

kapal yang pergi meninggalkan aku di pelabuhan sepi

hukum putaran alam sudah tiba

laut yang mengerikan

strawberry yang ku suka

bunga pujaanku

Ku mengagumi ciptaan-Mu ya Allah


walaupun melata di hutan tapi tetap mempersona jiwa

indahnya pelbagai warna alam

tembok yang bisu menjadi teruja lantaran sang hijau merinduinya

dari jendela ku mataku menancap kehijauan alam

Wednesday, 9 September 2015

Catatan tanggah-9/9/2015

menghimbau kenangan-aku ingin di sini-indahnya ciptaanMu





Hari ini aku bermuhasabah diri, merenung dan menoleh ke belakang. Betapa lemah dan kerdilnya diri ini dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Umpama sang embun di hujungnya daun yang hidup ini juga sementara, dipinjam-NYA seketika jua. Bila-bila masa bisa diambil kembali tanpa diduga. Ya Allah, hanya Mu yang MAHA mengetahui, memahami segala-galanya yang berlaku. Letih diri ini dengan karenah duniawi.... . 


mengundang kedamaian


Saturday, 5 September 2015

Forum Penyair ASEAN 2015

Aku hadir di sini yang mungkin kehadiranku salah perkiraan...kedatanganku mengutip ilmu...ilmu yang nipis tidak cukup untuk bersuara apatah lagi menconteng di kertas.


perasmian oleh Datuk Awang Sariyan-KP DBP


Prof Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh



Penyair Indonesia- Dr Hardey

Malaysia-Prof Dr Lim Kim Hui

Sunday, 23 August 2015

Sebuah Pengembaraan Pendek di sekitar Palm Spring Damansara

Sepetang menjejakkan kaki dan bersiar-siar merehatkan minda dan melepaskan lelah yang tenat.







kondominium sapiza

Saturday, 1 August 2015

SEMINAR KEBANGSAAN KAEDAH PENYELIDIKAN-29 JULAI 2015

Seminar ini telah diadakan di Institut Perguruan Kampus Batu Lintang Kuching. Seminar sehari ini telah berjayamngetangahkan kaedah-kaedh penyelidikan yang relevan dengan bidang kajian yang menjadi fokus dunia pendidikan. Sudah tentu impaknya akan dapat mengangkasakan dunia pendidikan tanah air. Seminar ini menjadi medan pertenuan dengan rakan-rakan dari Sarawak yang masoh lagi sama-sama BERJUANG membuat PhD di UA yang berbeza. PhD= Perjalanan Harungi Dugaan.


Ikmal (UPSI), Awg (UM), Saanah (UKM), Liew Sang2 (USM), Aku (UM), Lady Zuelly (UKM) & Felix (UNIMAS)

Pesertayang hadir-Lady Zuelyy kwnku





KENANGAN DI INSTITUT PERGURUAN KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING. SEMOGA PERJALANAN HARUNGI DUGAAN BERJALAN LANCAR.

Hari Raya Aidilfitri 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015, dapat merapatkan silaturrahim dalam keluarga, antara keluarga dan antara sahabat handai. Yang keruh dijernihkan, yang kusut dileraikan, yang terpendam diluahkan. Kemaafan yang dipohon akan melenyapkan segala yang sudah berlalu dan membuat persediaan membuat lembaran baharu. Bersyukur ke hadrat Ilahi yang memanjangkan usia mak n apak.





nostalgia sekitar hari raya 2015

Saturday, 4 July 2015

Hari ini...4 Julai

Hari ini...aku sudah berada di tempat penginapan yang baharu. Beginilah hidup perantau yang sentiasa mencari ruang untuk bernafas.

Mengapa terasa sunyi?
Sedangkan bunyi kenderaan melata di sana sini
Aku tetap rasa terasing
Di tengah keriuhan bandar
Di tengah kesibukan kota
Di tengah jutaan manusia








mencari ruang untuk mengisi hidup
persis sang unggas

Aku sudah di sini...
Maka akan ku teruskan nasib di sini
Walau kesepian menyusuk
Walau kesunyian memerangkap
Walau keterasingan bermaharajalela
Walau ribut melanda

Sudut yang memberikan motivasi