|
Di hadapan Hankuk University |
|
Selesai membentang-kenangan -student dan Pensyarah di Hankuk Uni |
|
Bersama-sama pemakalah dari Indonesia |
Kehadiran penulis di bumi Korea adalah untuk menyertai International Conference in
Commemoration of the 50th Anniversary of the Department of
Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea,
yang berlangsung pada14-16 Mei 2014. Persidangan ini telah diadakan di kampus Universiti
Hankuk. Ternyata kampus universiti ini tersergam indah dengan seni bina moden
yang unik dan menarik. Di samping itu, prasarana yang disediakan amat moden
untuk kemudahan pelajar-pelajarnya. Penulis menginap di Kim Chee Guest House Dongdaemon, iaitu sebuah penginapan budget
murah yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Perjalanan dari Lapangan
Terbang Incheon ke tempat penginapan ini mengambil masa selama lebih kurang 1
jam 15 minit. Musim bunga menyambut dan
mewarnai kedatangan kami pada masa tersebut. Oleh itu, keadaan suhunya agak
dingin sekitar 14 darjah Celsius dan amat sesuai untuk menikmati pemandangan
dan memangkin aktiviti bersiar-siar di bandar raya ini.
Hankuk
University of Foreign Studies (HUFS) yang didirikan pada tahun 1954 merupakan
salah sebuah universiti di Negeri Ginseng ini. HUFS secara konsisten selalu
menempatkan diri pada peringkat teratas terutama di bidang “Foreign Studies”.
HUFS juga disebut sebagai tempat kelahiran pendidikan bahasa asing di Korea,
kerana disini mengajarkan 42 bahasa utama di dunia. Sekarang ini, lulusan HUFS
telah memainkan peranan penting dalam perdagangan dan urusan diplomasi
internasional. Selain fokus pada teori dan praktik bahasa asing, HUFS juga mendorong
mahasiswanya untuk menggunakan keterampilan bahasa yang telah mereka peroleh
untuk mempelajari politik, ekonomi, sosial dan budaya dari negara-negara
asing lain di dunia. HUFS juga mendidik
mahasiswanya untuk menjadi profesional yang kreatif dan peneliti yang
independen sehingga memberikan kontribusi bagi pengembangan dan pertukaran
budaya.
Tempat beli-belah amat banyak.
Kebijaksanaan dan kepetahan diperlukan agar dapat tawar-menawar untuk
mendapatkan harga yang murah. Penulis bersama-sama dengan tiga orang sahabat senegara, iaitu Mohd Zuber Ismail, Arina Johari
dan Awang Kasmurie begitu teruja untuk menjejakkan kaki di Bumi Kim Chee ini.
Mereka bertiga ialah teman seperjuangan yang akan menyertai persidangan pada
kali ini. Penyertaan kami dalam persidangan kali ini amat bermakna dalam usaha
meningkatkan keterampilan dan keupayaan diri dalam dunia akademik dan bidang
penyelidikan kerana dapat berkongsi ilmu dengan para ilmuan dari negara-negara
yang lain khasnya Indonesia dalam ranah bahasa, sastera dan budaya.
|
Kenangan bersama-sama dengan rakan seminar senegara dan student UIA
yang berkunjung ke Hankuk University |
|
Penghujung musim bunga masih setia menyambut kedatangan kami
dengan kesegaran warnanya |
|
Foto di depan President Hotel setelah diturunkan bas untuk menuju ke Kim Chee Guest House |