Wednesday, 11 June 2014

Imbasan Persidangan Antarabangsa Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea,

Di hadapan Hankuk University
Selesai membentang-kenangan -student dan Pensyarah di Hankuk Uni




Bersama-sama pemakalah dari Indonesia


Kehadiran penulis di bumi Korea adalah untuk menyertai  International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary of the Department of Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea, yang berlangsung pada14-16 Mei 2014. Persidangan ini telah diadakan di kampus Universiti Hankuk. Ternyata kampus universiti ini tersergam indah dengan seni bina moden yang unik dan menarik. Di samping itu, prasarana yang disediakan amat moden untuk kemudahan pelajar-pelajarnya. Penulis menginap di Kim Chee Guest House Dongdaemon, iaitu sebuah penginapan budget murah yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Perjalanan dari Lapangan Terbang Incheon ke tempat penginapan ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 15 minit.  Musim bunga menyambut dan mewarnai kedatangan kami pada masa tersebut. Oleh itu, keadaan suhunya agak dingin sekitar 14 darjah Celsius dan amat sesuai untuk menikmati pemandangan dan memangkin aktiviti bersiar-siar di bandar raya ini.

Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) yang didirikan pada tahun 1954 merupakan salah sebuah universiti di Negeri Ginseng ini. HUFS secara konsisten selalu menempatkan diri pada peringkat teratas terutama di bidang “Foreign Studies”. HUFS juga disebut sebagai tempat kelahiran pendidikan bahasa asing di Korea, kerana disini mengajarkan 42 bahasa utama di dunia. Sekarang ini, lulusan HUFS telah memainkan peranan penting dalam perdagangan dan urusan diplomasi internasional. Selain fokus pada teori dan praktik bahasa asing, HUFS juga mendorong mahasiswanya untuk menggunakan keterampilan bahasa yang telah mereka peroleh untuk mempelajari politik, ekonomi, sosial dan budaya dari negara-negara asing lain di dunia. HUFS juga mendidik mahasiswanya untuk menjadi profesional yang kreatif dan peneliti yang independen sehingga memberikan kontribusi bagi pengembangan dan pertukaran budaya.

Tempat beli-belah amat banyak. Kebijaksanaan dan kepetahan diperlukan agar dapat tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang murah. Penulis bersama-sama dengan tiga orang sahabat  senegara, iaitu Mohd Zuber Ismail, Arina Johari dan Awang Kasmurie begitu teruja untuk menjejakkan kaki di Bumi Kim Chee ini. Mereka bertiga ialah teman seperjuangan yang akan menyertai persidangan pada kali ini. Penyertaan kami dalam persidangan kali ini amat bermakna dalam usaha meningkatkan keterampilan dan keupayaan diri dalam dunia akademik dan bidang penyelidikan kerana dapat berkongsi ilmu dengan para ilmuan dari negara-negara yang lain khasnya Indonesia dalam ranah bahasa, sastera dan budaya.
Kenangan bersama-sama dengan rakan seminar senegara dan student UIA
yang berkunjung ke Hankuk University


Penghujung musim bunga masih setia menyambut  kedatangan kami 
dengan kesegaran warnanya

Foto di depan President Hotel setelah diturunkan bas untuk menuju ke Kim Chee Guest House

No comments:

Post a Comment