Semalam menghadiri siri wacana di DBPKL, merupakan program bulanan DBP. Wacana ini membincangkan asas2 dlm pembinaan negara sebagaimana dalam perlembagaan.
|
DBP KL |
Kepentingan Perlembagaan Persekutuan ialah:
- Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan
berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa
antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa
tersebut dilaksanakan.
- Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan
menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan
beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan
penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
- Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk
mengelakkan persengketaan kaum.
- Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan
melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan
sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional. (Sumber : pewariskeamanan.blogspot.com)
|
Peserta-peserta yang tekun dan khusyuk mendengar pembentangan Tan Sri |
No comments:
Post a Comment