Wednesday, 10 August 2016

10 ogos 2016

hari ini 10 Ogos 2016....hari yang dinanti-nanti sudah sampai menjadi realiti. Ya Allah....bantu hambaMu ini...berilah aku kekuatan, kebijaksanaan, ketenangan jiwa, keyakinan diri yang tinggi dan kejayaan yang besar dalam misi ku pada jam 2.30 petang nanti. Ya Allah....permudahkanlah urusanku hari ini..hanya kepada Mu ku memohon...berkatilah usahaku selama ini.


inilah hasil perjuangan selama 3 tahun-syukur Ya ALLAH.


Hari ini, jam 2.00pm aku sudah berada di APM. Jam 2.30 para panel bermesyuarat dan aku dipanggil masuk bilik viva pada 2.45. Aku membentang, kemudian soal jawab dan mendengar komen selama 1 jam, 3.45 aku diminta keluar dari bilik viva. Dalam 8 minit selepas itu aku diminta masuk semula. Keputusan dibacakan.Syukur alhamdulillah...segala usaha dan pengorbanan selama ini berbaloi. Terima kasih Allah yang maha mengetahui dan memahami selama ini, mak, apak, dan keluarga yang mendoakanku. Perjuanganku akan ku teruskan dengan ilmu yang ada.

No comments:

Post a Comment