PERSEDIAAN SEBELUM BENGKEL DIDIK HIBUR
18 hingga 20 April merupakan hari berlangsungnya bengkel didik hibur ini. JPM sebagai urus setia dan harus memastikan atur cara bengkel berjalan lancar. IPG
Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak dan Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn.
Bhd. dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan
& Majlis Perbandaran Johor Bahru merancang dan mengadakan Bengkel Didik Hibur-Kamishibai Peringkat Antarabangsa pada
18 hingga 20 April 2017. Program ini merupakan salah satu langkah untuk
memantapkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sekali gus meningkatkan kemahiran dan kualiti latihan
guru ke arah melahirkan guru bertaraf dunia (global). Program ini
melibatkan pensyarah-pensyarah IPG, guru
Bahasa Jepun serta guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah, guru-guru Bahasa
Melayu dan Pemulihan sekolah rendah dan guru-guru prasekolah dari beberapa
negeri di Malaysia. Program
pengantarabangsaan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dalam pelbagai
aspek. Antara pendedahan yang diharapkan adalah seperti berikut :
Mendedahkan
Teknik Bercerita Kamishibai (pentas
kertas) yang dipopularkan di Jepun.
Teknik ini digunakan secara meluas di banyak negara kerana sifat versatil yang
dimilikinya serta keberkesanannya dalam meningkatkan minat membaca dan menulis dalam kalangan
kanak-kanak. Walau bagaimanapun, teknik ini amat kurang digunakan di Malaysia
kerana tiada sebarang pendedahan tentang teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia.
Mengumpul
data untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat aspek pendidikan,
kesusasteraan, kebudayaan dan pensejarahan masyarakat Malaysia menerusi
kepelbagaian teknik dalam konteks kelas terbuka atau open classroom. Objektif ini dapat menerapkan nilai-nilai yang baik
untuk dikongsi bersama-sama dengan warga pendidik di Malaysia.
Memberikan peluang kepada para pensyarah dan guru-guru
untuk menghasilkan bahan bantu belajar berlandaskan teknik Kamishibai dalam
pelbagai subjek dan topik-topik yang bersesuaian yang selari dengan inisiatif
dalam transformasi IPG untuk mempromosi keupayaan dan aktiviti penyelidikan.
banner yang sudah dipasang di depan IPTAR |
Sekitar persediaan bengkel di ULDP |
No comments:
Post a Comment