Wednesday, 11 June 2014

Imbasan Persidangan Antarabangsa Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea,

Di hadapan Hankuk University
Selesai membentang-kenangan -student dan Pensyarah di Hankuk Uni




Bersama-sama pemakalah dari Indonesia


Kehadiran penulis di bumi Korea adalah untuk menyertai  International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary of the Department of Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea, yang berlangsung pada14-16 Mei 2014. Persidangan ini telah diadakan di kampus Universiti Hankuk. Ternyata kampus universiti ini tersergam indah dengan seni bina moden yang unik dan menarik. Di samping itu, prasarana yang disediakan amat moden untuk kemudahan pelajar-pelajarnya. Penulis menginap di Kim Chee Guest House Dongdaemon, iaitu sebuah penginapan budget murah yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Perjalanan dari Lapangan Terbang Incheon ke tempat penginapan ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 15 minit.  Musim bunga menyambut dan mewarnai kedatangan kami pada masa tersebut. Oleh itu, keadaan suhunya agak dingin sekitar 14 darjah Celsius dan amat sesuai untuk menikmati pemandangan dan memangkin aktiviti bersiar-siar di bandar raya ini.

Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) yang didirikan pada tahun 1954 merupakan salah sebuah universiti di Negeri Ginseng ini. HUFS secara konsisten selalu menempatkan diri pada peringkat teratas terutama di bidang “Foreign Studies”. HUFS juga disebut sebagai tempat kelahiran pendidikan bahasa asing di Korea, kerana disini mengajarkan 42 bahasa utama di dunia. Sekarang ini, lulusan HUFS telah memainkan peranan penting dalam perdagangan dan urusan diplomasi internasional. Selain fokus pada teori dan praktik bahasa asing, HUFS juga mendorong mahasiswanya untuk menggunakan keterampilan bahasa yang telah mereka peroleh untuk mempelajari politik, ekonomi, sosial dan budaya dari negara-negara asing lain di dunia. HUFS juga mendidik mahasiswanya untuk menjadi profesional yang kreatif dan peneliti yang independen sehingga memberikan kontribusi bagi pengembangan dan pertukaran budaya.

Tempat beli-belah amat banyak. Kebijaksanaan dan kepetahan diperlukan agar dapat tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang murah. Penulis bersama-sama dengan tiga orang sahabat  senegara, iaitu Mohd Zuber Ismail, Arina Johari dan Awang Kasmurie begitu teruja untuk menjejakkan kaki di Bumi Kim Chee ini. Mereka bertiga ialah teman seperjuangan yang akan menyertai persidangan pada kali ini. Penyertaan kami dalam persidangan kali ini amat bermakna dalam usaha meningkatkan keterampilan dan keupayaan diri dalam dunia akademik dan bidang penyelidikan kerana dapat berkongsi ilmu dengan para ilmuan dari negara-negara yang lain khasnya Indonesia dalam ranah bahasa, sastera dan budaya.
Kenangan bersama-sama dengan rakan seminar senegara dan student UIA
yang berkunjung ke Hankuk University


Penghujung musim bunga masih setia menyambut  kedatangan kami 
dengan kesegaran warnanya

Foto di depan President Hotel setelah diturunkan bas untuk menuju ke Kim Chee Guest House

Wednesday, 12 February 2014

Kolej Kelima Dayasari Universiti Malaya setelah hampir 18 tahun ditinggalkan...

Aku pernah menghuni kolej ini semasa tahun 1 di UM sekitar 90-an.. kini wajahnya tidak berubah dengan drastik..masih setia persis dahulu. Tiada siapa menduga sekarang aku menghuni kolej ini lagi..percaturan hidup masa depan tiada siapa yang tahu...kita hanya mampu merancang.. Allah maha mnegetahuinya.Kenangan yang kurakam  pagi tadi..semasa dalam perjalanan hendak menunggu bas. Pagi ini seawal 7 am dah keluar sebab tidak mahu memberi kemenangan kepada bas UM....suatu hari nanti semuanya akan menjadi kenangan terindah kerana kita insan kerdil yang tidak mampu mengembalikan masa yang sudah berlalu....

                                          
Tempat letak kereta
antara panorama yang menarik-pokok yang masih berjiwa untuk hidup walaupun rantingnya kering
                                                    
Setelah dua minggu, aku mengunjunginya....kelihatan nadinya sudah berdenyut semula, sudah ada putik muda...teruskan hidupmu

Si cantik manis merah jambu ni kutemui suatu petang...selama ni tak ku sedari kewujudannya..sungguh mempesona

Gerai kolej Dayasari

Camelia...blok yang kudiami, bersebelahan dengan blok Dahlia

Haaa...inilah tetamu-tetamu yang tidak diundang, datang time pagi dan senja-tetamu senja
Awas! Jangan nak buka tingkap sesuka hati...habissslah kalau tetamu masuk.

Blok pentadbiran masih sama macam dahulu


Wednesday, 13 November 2013

Imbasan kenangan SMK Lake ku

SMK Lake-tempat bertugas-2005-2013. Di sini aku mengenali rakan-rakan baharu dan murid-murid baharu.
Librarian yang comel dan nakal tapi progresif


Pertandingan mencipta
Rakan-rakan yang comel
                                          



Wednesday, 10 April 2013

Kenangan di Kota Kinabalu Januari 2013-Kursus Persediaan HLP 2013 Zon Sabah/Sarawak

Foto candid oleh Lady Zuely, kelihatan Jack menyusul

Kali pertama menjejakkan kaki di negeri yang terkenal dengan gelaran Negeri di Bawah Bayu...pemandangannya cantik n menawan. Gunung Kinabalu..walau tak ku gapai tapi kaki mu dah kujejaki walau sekadar menghirup udara segar di kakimu sudah cukup kusyukuri betapa indahnya ciptaan Maha Kuasa.Foto-foto kenangan bersama-sama rakan seperjuangan menyusul di bawah. Kedatangan ku ke sini adalah untuk mengikuti kursus persediaan HLP Zon Sabah/Sarawak 2013. Layan foto-foto kenangan -Kundasang dan yang sewaktu dengannya sudah kudatangi.



Hahaaa...nasib aku tak jatuh..adoii
Lambaian Kinabalu Menggamit Rindu





Kenangan bersama-sama Suhana Sarkawi -latarnya G.Kinabalu
                                                  
Sepanjang water front-KK
                                                  
Wajah-wajah yang teruja dengan keindahan dan lambaian Kinabalu

Adanya Kak Ross.. Syikin
Buah lemak manis-pertama kali melihat dan merasainya

Pemandangan yang indah

Terapi kaki-ikan bulan di Luanti
                                              

Latarnya indah nian.....

Berikutnya merupakan rakan-rakan phd yang sama-sama menghadiri kursus HLP Zon Sabah/Sarawak 2013. Gambar kenangan dengan pensyarah-pensyarah/Dr yang telah berkongsi ilmu dalam persediaan untuk meneruskan perjuangan mencapai destinasi....Dr Ibrahim, Dr Wan Zawawi, Dr Bridget, Dr Shahril, Dr  Johan & Dr ....baca...baca...sangat suka membaca....





KENANGAN-JAN-FEB 2013-LAMBAIAN KINABALU-biar gambar berbicara....hehe











RUMAH TERBALIK