Friday, 26 August 2016

Library UM hari terakhir-26 Ogos 2016

Hari ini...sedih..Tq Hema yang setia menemani hari ini. kenangan yang bermacam2 rasa dilalui sepanjang 3 tahun ini...pahit, manis, payau, sendu, hiba, pilu.

Swan di tasik varsiti UM


Hari terakhir masuk lib UM -KAREL 7

Add caption


3 TAHUN AKU MENGANYAM MIMPI DAN KENANGAN DI SINI



KAREL 7-BERAKHIR DI SINI, TQ 24 & 4.4


Wednesday, 24 August 2016

23 Ogos submit final tesis

Hari ini aku telah menyerahkan tesis kepada IPS UM. Terima kasih Ya Allahh....Allah hu akhbar. Akhirnya misi telah berjaya walaupun pelbagai dugaan dihadapi.

PENYERAHAN TESIS DI IPS UM


kenangan dengan tesis sebelum diserahkan

bersama dengan sv-P.M Dr Indirawati Zahid, PM Dr Razak dan PM Dr Awg Azman

dengan Fizah di print expert sebelum lunch-fizah orang kuat..t,kasih fizah.


Me & My Sv


Arina, Fizah, aku & my sv


Saturday, 13 August 2016

Terima kasih Kawan

Hari ini 13 Ogos...Mazita dan Syuhada membelanjakan aku makan di Amber Nexus. OOh terima kasih kawan2. Semoga perjalanan rakan2 juga lancar dan berkat. TQVM  Mazita & Arina. Nampaknya asyik kawan2 yang meraikan aku, aku belum meraikan kawan2 lagi...aku ku raikan nanti....Syukur ya Allah, aku dikelilingi kawan2 yang baik dan mendamaikan...




kenangan dengan Syuhada






steady mazita-tqvm


cold mee with prawn







kenangan dengan Arina pada 12 Ogos-tqvm Arina

Boat Noodle di Jaya One-tqvm Arina

Wednesday, 10 August 2016

10 ogos 2016

hari ini 10 Ogos 2016....hari yang dinanti-nanti sudah sampai menjadi realiti. Ya Allah....bantu hambaMu ini...berilah aku kekuatan, kebijaksanaan, ketenangan jiwa, keyakinan diri yang tinggi dan kejayaan yang besar dalam misi ku pada jam 2.30 petang nanti. Ya Allah....permudahkanlah urusanku hari ini..hanya kepada Mu ku memohon...berkatilah usahaku selama ini.


inilah hasil perjuangan selama 3 tahun-syukur Ya ALLAH.


Hari ini, jam 2.00pm aku sudah berada di APM. Jam 2.30 para panel bermesyuarat dan aku dipanggil masuk bilik viva pada 2.45. Aku membentang, kemudian soal jawab dan mendengar komen selama 1 jam, 3.45 aku diminta keluar dari bilik viva. Dalam 8 minit selepas itu aku diminta masuk semula. Keputusan dibacakan.Syukur alhamdulillah...segala usaha dan pengorbanan selama ini berbaloi. Terima kasih Allah yang maha mengetahui dan memahami selama ini, mak, apak, dan keluarga yang mendoakanku. Perjuanganku akan ku teruskan dengan ilmu yang ada.

Monday, 8 August 2016

Hari ini 8 Ogos 2016

Aku masih menghitung hari, hari yang semakin menghampiri walau aku berasa ngeri....tabahlah wahai hati...laluinya dengan penuh hati-hati agar misi menjadi realiti....

mereka yang berada di sekelilingku






Thursday, 4 August 2016

Menghitung Hari

Aku masih menghitung hari...hanya 7 hari lagi untuk aku menyelesaikan misi yang kutanggung selama ini. Semoga ALLAH memudahkan urusanku, memberikan ku kebijaksanaan, meningkatkan keyakinanku, memberikan kejayaan yang besar, memberikan ketenangan jiwa dan menguatkan imanku. 10 Ogos ku nanti dengan pelbagai rasa...rasa yang bervariasi...semoga misi menjadi realiti.Semoga segalanya berjalan lancar dan mudah...maha suciMu ya Allah. Terima kasih Allah.


kenangan itu maish dalam ingatan

kenangan di bumi kim chee


menawan kalbu


indahnya ciptaanMu ya Allah


aku di situ menghitung bilah-bilah  batang lavender