Sunday, 12 June 2016

12 Jun- Ramadhan Day 7

Hari ini hari ke-7 ramadhan. Syukur kerana apabila membuka mata, aku masih melihat keindahan maya, aku masih bernafas untuk meneruskan kehidupan, aku masih boleh berfikir dan mencurahkan ilhamku atas kertas bisu. Hari ini aku telah menyiapkan PTBS seadanya tapi perlu diperhalusi lagi nanti. GBSE ...sudah dibuat pembetulan dan artikel untuk SIBI 2016 sudah di-emel. kedua-duanya sudah die-mel pada jam 10 lebih tadi. semoga lancar semuanya. Terima kasih Ya Allah...sihatkan dan panjangkan umur emak dan bapakku, limpahkan rahmatMu kepada kami insan kerdil ini. Ya Allah, tinggikan ilmuku, berikan aku kebijaksanaan, tabahkan hati lemahku yang selalu merintih. berilah aku kekuatan.


 
Semoga amalan-amalan di atas dipraktis bukan sahaja dalam bulan ramadhan mulia ini tetapi berterusan selagi berhayat dan bernafas...mudah2an..aminn. Ya Allah..ya Rabbil alamin.

No comments:

Post a Comment