Wednesday, 22 June 2016

22 Jun-Ramadhan Day 17

Hari ini hari ke-17 berpuasa. Syukur diberikan kesihatan oleh Allah untuk meneruskan ibadat ini. Semoga aku dapat meneruskan ibadat dan urusan2 duniawi. Ya Allah, panjangkan usia ibu dan bapakku, sihatkanlah mereka. Sihatkan aku, limpahkan rezeki, tingkatkan iman yang benar, berikan kebijaksanaan, berikan kejayaan yang besar. Amin...



Tenas Effendy (2010) mengungkapkan tunjuk ajar dalam budaya Melayu  yang berbunyi “Apa tanda orang yang bijak, berfikir dahulu sebelum bertindak, Apa tanda orang beradab, berfikir dahulu sebelum bercakap” (p.24). Ungkapan ini membawa pengertian yang mendalam bahawa budaya Melayu bukan sahaja memberikan penegasan agar berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan malahan kita diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum mengujarkan kata-kata. Impaknya, kata-kata sebenarnya lebih tajam daripada mata pedang.


ALLAH HU AKBAR

sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment