1 Januari 2015 sudah muncul dan syukur kepada Allah kerana aku masih berpeluang membuka mata, melihat keindahan alam, meneroka bumi Allah, melunaskan tanggugjawab, memperjuangkan hidup dan menyembahMu sang pencipta. Terima kasih ya Allah, terima kasih. Lebih 40 tahun aku dewasa dengan perjuangan dan tangungjawab, melawan cabaran, menongkah arus dan menempuhi onak duri kehidupan. Apa yang pasti, aku sedar syukur sangat2 penting. Sikap menerima seadanya apa2 yang kita miliki, besar rahsia dan keindahannya. Perlu diinsafi bahawa harta merupakan milik Allah s.w.t, namun Allah memberikan izin kepada manusia untuk menguruskannya. Kita hendaklah bijak menguruskan harta sekelumit yang kita ada untuk meraih pahala. Justeru, bersyukurlah dengan apa2 yang kita miliki sebelum semuanya berlalu pergi...syukurlah, didiklah hati dan akal supaya bersyukur...syukur akan menjadikan diri kita kuat dan lebih yakin dengan tendensi yang seimbang.
,
Semoga lembaran baharu lebih memberi ketenangan |
PERIBADI YANG KUAT
Orang yang berperibadi kuat tidak takut mengakui kelemahan, kerana miliki keyakinan yang kental dengan Allah sebagai pencipta. Hidupnya dipaksikan untuk pencipta dan matlamatnya mencari redha Allah, menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah Allah. Ayuh kita semak warna peribadi kita sekarang. Orang berperibadi kuat terkumpul dalam dirinya sifat2 mahmudah, memiliki kelebihan dan bakat terserlah dan peribadinya berbeza dengan orang lain. Tinggi rendah peribadi seseorang adalah hasil usahanya dalam hidup, cara berfikirnya, cara perhitungannya, kelemahan dirinya, keupayaannya mentadbir sesuatu dan pandangan serta wawasan misi visinya pada masa depan. Bukan sekadar singgah di dunia tetapi menjangkau akhirat selain kuat semangatnya. Orang yang mendabik kesempurnaannya bermakna bergandalah kelemahan yang dimilikinya. Semoga aku tidak berada dalam lingkungan ini. Socrates berpesan "Kenallah siapa dirimu,kenallah peribadimu". Prof Dr Hamka menitip pesan terakhir "Mengenali diri sendiri itu seribu kali lebih sukar daripada mengenali peribadi orang lain" Semoga kita dan diri aku sendiri tergolong dalam insan yang berperibadi kuat..Amin...
Bunga Ros Merah yang berperibadi kuat, tumbuhnya sihat walafiat hasil usaha insan yang berperibadi kuat dan sihat-ihsan foto daripada facebook Sania Walchee, sahabatku. |
No comments:
Post a Comment