Hari ini aku menenangkan jiwa dengan berhikayat tentang bunga. Dari bunga ros kepada bunga misi. Bunga misi asalnya dari hutan tetapi kini menjadi hiasan yang sedap mata memandang. Hasil kreativiti dan inovasi manusia, akhirnya pokok misi menjadi bunga misi. Bunga misi merupakan panggilan yang digunakan oleh masyarakat di Sarawak, namanya dalam bahasa yang standard belum dapat kutemukan setakat ini. Hasil transformasi, pokok misi yang hidup di hutan diangkat menjadi tanaman hiasan yang indah menawan. Bunga misi tidak lagi tinggi, lebih renek dibandingkan dengan pokok asalnya di hutan. Bunga misi ini juga merupakan bunga yang ditanam oleh sahabatku Sania Walchee. Foto2 ini ku dapatkan daripada foto2 yang dikirimnya dalam group wsapp kami. Layanlah bunga misi, pasti teruja dengan variasi warnanya...
|
Warna kuning yang impresif dan menarik |
|
Kombinasi warna kuning dan merah-warna yang bertenaga |
|
Warna pink yang lembut dan ayu-sweetie &lovely |
|
Kombinasi putih dan pink-warna dingin yang penuh kelembutan |
|
Kombinasi pelbagai warna dingin (pink)dan panas(kuning)-kedamaian |
|
Kombinasi warna panas-kuning, oren dan merah-warna yang gagah |
Melayan bunga yang bervariasi warnanya membuat hati tenang dan jiwa tenteram. Sesungguhnya, ciptaan Allah maha unik dan indah di muka bumi ini. Bersyukurlah dengan kurniaan dan ciptaan-Nya supaya kita menjadi insan yang menghargai apa2 yang wujud di muka bumi dan tidak menganiayainya.
Assalamualaikum, saya peminat pokok hiasan dari hutan dan komersial yang sedia ada. Banyak lagi pokok hutan yang belum pernah di lihat sebelum ini ada potensi sebagai pokok hiasan dan unit, ini salah satu pengetahuan yang saya dapat dari puan. Terima kasih kerana berkongsi jenis pokok hiasan ini.
ReplyDelete