Friday, 2 January 2015

Karya-karya Hlovate

Hlovate merupakan penulis yang bernaung di bawah syarikat Jemari Seni. Hlovate misteri tetapi tulisannya penuh gaya tersendiri, unik, antik dan asli yang lahir daripada pemikiran yang ideal. Gaya penulisan memukau, menarik, menghiburkan. Unsur humor yang bersahaja diterapkan dengan santai sehingga siapa yang membaca akan tersenyum. Karya pertama yang mencuit hati ialah 5 TAHUN 5 BULAN... kisah biasa dikreativiti dengan cara luar biasa oleh penulis biasa yang melakukan inisiatif dengan luar biasa. Karya2nya sarat dengan mainan hidup, gelombang yang santai, jiwa yang resah tapi tenang, keromantisan yang seadanya, realistik walau imaginasi mainan penulis. Hlovate sentiasa berpegang pada prinsip bahawa agama sangat penting dengan menghiasi watak2 dengan tanggungjawab kepada pencipta. Watak2 dibangkitkan oleh hujung mata pena Hlovate dengan hiasan agama yang kental, menjadi tunjang setiap karya yang ditukanginya dengan kawah kreativiti yang penuh visi dan misi. Hlovate menukangi ceritanya dengan aliran tersendiri, beridentiti dan berjati diri.

Novel pertama yang mencuit hati, gaya santai yang menghiburkan...
boleh tersenyum panjang ketika dan selepas membacanya... 
Sinopsis 5tahun 5 bulan
Watak Ana di dalamnya ada Johanna, bekerja sebagai pembantu rumah d rumah En Latfy selama 3 bulan sementara menunggu masa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Aberdeen. Selama 3 bulan ini Ana mengenali Along Serbia si jurutera, Apeh, Nana dan Nina yang bongsu. Sebagai pembantu, Ana bukan sahaja memasak malah menjaga hal ehwal anak2 Encik Latfy khususnya Apeh, Nana dan Nina yang sedang tumbuh. Semuanya tidak mengetahui bahawa Ana seorang medical student, rahsia tetap rahsia bagi Jo. Episod2 yang sweet tapi bersahaja banyak digayakan Hlovate dalam cerita ni walaupun kita takkan jumpa yang lovey dovey story. Gaya watak meluahkan perasaan umpama biasan yang santai, naturalis dan harmonis. Apakah yang berlaku setelah 5 tahun 5 bulan antara Jo dan Along??? Bagamanakah penamatnya? Silalah baca yaaa....



Perjalanan hikayat Hlovate

Menarik dengan sulaman prinsip hidup yang kental

Sinopsis Rooftop Rant
Menara Topaz menjadi tempat pertemuan Jade & Trisy demi sebuah ketenangan. Masing2 punya fabula, punya cita2, punya impian dan punya mimpi yang tersendiri sebagaimana Hlovate menukanginya, namun disatukan oleh persahabatan. Walaupun Jade & Trisy datang daripada keluarga yang porak-peranda tanpa hala, namun mereka punyai prinsip dan pegangan. Masing2 menjadikan sahabat sebagai sumber kekuatan, Jade adalah sumber kekuatan Trisy..Trisy ialah sumber inspirasi Jade. Sekali lagi Hlovate menampilkan gaya tersendiri seperti novelnya yang lain, berbeza daripada narasi penciptaan penulis lain. Rooftop Rant berat dan sarat dengan persoalan emosi, pergolakan jiwa remaja yang memerlukan jagaan rapi. Kepercayaan antara satu sama lain rupa2nya sangat hebat. Apakah kesudahannya? Silalah baca ya...
Novel yang menghiburkan walau pelbagai rasa yang
 diadun dan digaul tapi sebati-fabula moden yang berhikayat
Sinopsis
aA+bB..fabula yang masih dalam ingatan. Umpama sebuah hikayat lama yang mendendangkan kisah kehidupan. Kisah Benz dan Addin yang penuh sandiwara, bercita2, beremosi, beridentiti dan berjati diri. Masing2 ada prinsip hidup walau hidup sebumbung. Kisah doktor dan jurutera diadun dengan wangi kasih semerbak kasturi. Akhirnya suatu ikatan padu dan kukuh mengikat mereka bagi menerima hakikat seadanya dengan mengagumi Allah sebagai pencipta. Bacalah jika mahu tersenyum dan berkongsi ramuan hidup dengan cara dan gaya Addin dan Benz atau aA+bB. Bagaimana rencah cerita di akhirnya? Baca...baca
Belum dibaca setakat hari ini...akan kucari...





No comments:

Post a Comment