Saturday, 31 January 2015

Balik Kampung 25 hingga 31 Januari

Balik kampung 25 hingga 31 Januari, lega dan puas hati dapat jumpa apak, mak, ct, wan, mon long n reymi. Semoga mak n apak panjang umur dan bahagia selalu. Mak semakin dimakan usia tapi sihat, alhamdulillah. Mon sihat tapi dengan ceritanya sendiri, long pun sihat. Reymi mengalami zaman kegelapan sebab bergaduh dan matanya hampir cedera. Ct n wan tetap dengan style masing2. Sekitar rumah ada...
Setianya..... bunga sudah melebihi 1 bulan masih segar

Orkid putih mula berbunga

Kaktus




Menjengah laman orkid long
Reymi mendapat kecelakaan sebab berkelahi, tepi matanya
cedera teruk.  Suka bergaduh tapi asyik kalah..inilah natijahnya.

Ungu warnanya



 Sempat menjengah laman almari buku2 kesayanganku..
KABUS SENJA membangkitkan MEMORI RINDU QASEH QAISY kerana
AKU CINTA KYRA dan SARA KIRANA-Ramlah Rashid. SEHARUM KASIH kerana KAU
LAKSANA BULAN ibarat BUNGA2 KEMBOJA yang mengungkap SETULUS JANJI
yang melambangkan SESUCI CINTA-Aina Emir.
Sakitnya DURI kerana CINTA TIADA AKHIRNYA dan PERGILAH SEPI-Fauziah Ashari. 

LAMARAN KEDUA SUATU PENANTIAN setelan MENYEMAI CINTA
KERANA DIA CINTA dan MANISNYA CINTA ibarat SETEGUH KASIH
AINA NAJIHAH.

Monday, 26 January 2015

Restoran Wira, Gombak

Baru sempat nak update. Malam 24 Januari pergi ke Gombak jalan-jalan sambil makan malam sebab the legend nak belanja makan seafood. Terima kasih Mohamad Zuber Ismail. Layan gambar2...


Restoran2 yang ada di sekitarnya...




Inilah restoran yang menjadi pilihan-Wira Seafood
nama yang gagah perkasa...lepas makan mesti jadi gagah

Ini ikan2 yang boleh dipilih

Suasana dalam kedai ini



Sebelum makanan sampai, amboi-amboi sempat berselfie dua orang nie
anak murid dan tok gurunya, ada persamaan yg tidak nampak
 Makanan Sampai.....
Kerabu mangga-sedap

Sotong goreng tepung

Siakap tiga rasa

Anak murid dan tok gurunya, sama2 lapar dua orang nie
macam dah 2 hari berpuasa.

Sayur campur

Ulam paling unik bilangannya abad ini
 SELEPAS MAKAN...BEGINILAH NASIB MAKANAN INI...


Kesian ikan nie


Tuesday, 20 January 2015

Seminar Linguistik 2015 Day 2

Hari ini merupakan hari kedua seminar. Hari ini datang untuk mengambil sijil selain mendengar pembentangan. Hari ini sebelum berangkat ke DBP...berposing dulu....

Haniza, Nurul, Pn Rozza, Azimah dan Prof Madya Dr Indirawati Zahid


Kenangan dengan Dr Rohaidah Harun

Oiitt..Datin Arina Johari

Haniza

Ceria ...ceria...

Pembentangan-Dr Tajul tentang Lagu P. RAMLEE-FONOLOGI

Azimah mempengerusikan pembentangan selari di Blk Latihan Tgkat 7-
Syabas Azimah..

Seminar Linguistik 2015 Day 1

Seminar Linguistik 2015 (sLiK2015) telah diadakan di DBP Kuala Lumpur pada 20 & 21 Januari. Seminar ini  merupakan anjuran Persatuan Linguistik Malaysia, DBP & UKM. Seminar ini diadakan untuk merekayasa dan memperkasa keampuhan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berkeupayaan menjana budaya ilmu. Karisma bahasa Melayu sering dipertikaikan oleh pihak yang tidak mengerti dan tidak menginsafi akan tendensi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Profesor Dr  Nor Hashimah Jalaludin yang merupakan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia menyuarakan kebimbangan beliau akan gelora yang sedang melanda bahasa Melayu. Hal ini lebih-lebih lagi apabila anak muda zaman ini yang seolah-olah tidak menghargai bahasa bumi sendiri malahan bangga dengan bahasa penjajah. Dalam ucaptamanya, beliau mencanang contoh kemajuan yang telah dicapai oleh negara-negara maju yang mengagungkan bahasa di bumi sendiri, seperti Korea, China, Jepun dan negara-negara lain. Situasi ini memberi gambaran bahawa bahawa bahasa Melayu juga berwibawa dan berkarisma untuk menjana kemajuan negara jika fungsi dan keupayaannya dipugar dan digali sehingga ke akar umbi. Walau bagaimanapun, peranan pihak yang berkuasa tidak dapat dinafikan dalam hal ini kerana langkah penguatkuasaannya akan mampu mengubah keadaan sedia ada, iaitu mengembalikan keperkasaan dan karismatik bahasa Melayu.

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia-Prof Datuk Dr Nik
Safiah Karim

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia-
Profesor Dr Nor Hashimah Jalaludin

Antara peserta seminar

Pembentang

Kawan lama UKM yang hadir-Nurul

Prof Madya Dr Indirawati, Niza, Azimah & Haniza

Selepas membentang-kenangan dengan Dr Zaitul dan rakan pembentang
SLiK 2015

Sunday, 11 January 2015

Hikayat Tentang Makanan

Hari ini ...sel2 otak belum dapat berhubung dengan lancar untuk menyambung dan membuat kajian. Jadi hari ini berbicara tentang makanan...Prinsip hidup aku...ialah makan untuk hidup, secara sederhana. Jadi makanan yang berkhasiat sangat penting untuk kesihatan..jadi makanlah makanan yang sihat dan menyihatkan...


TEKANAN DARAH RENDAH
Penyakit ini sudah lama dihidapi, tapi sekarang sudah lebih baik berbanding dahulu. Badan selalu tak stabil bila tak makan. Setakat ni dapat dikawal sebab belum tumbang dan terkawal. Jaga makan tanpa pengambilan ubat. Dapatkan info tentang masalah ini ...




Info ini bersumberkan blog Ahmad Irshad.

 NANGKA MADU...KHASIATNYA..
1. Menjaga kesihatan kulit supaya kulit mulus dan chantekkk...hehehee
2.Mencegah stroke
3.Mencegah ketidakstabilan emosi..ni untuk wanita....
4.Menjaga kesihatan jantung
5.Menguat imunisasi tubuh



Sedappp....buah yang aku suka.
Nangka...

Strawberry..baik untuk kesihatan



KANSER
Penyakit yang bisa meragut nyawa tanpa mengira tua muda. Pengawalan daxn pengambilan makanan yang betul dapat mencegahnya selain amalan yang disarankan menerusi ayat2 quran....antara praktiknya...