Saturday, 3 October 2015

Prosa Tradisonal



 Kepimpinan Berjiwa Rakyat dalam Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui  Teladan
(Keluaran Ogos 2015 dalam PB-Tqvm majalah DBP)

Prosa tradisional yang bertajuk Kepimpinan Melalui Teladan dimuatkan dalam Antologi Kulit Kijang dari Istanbul (2014), iaitu antologi yang digunakan oleh para murid tingkatan empat mulai tahun 2005. Prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan (halaman 27-39) merupakan satu-satunya cerita klasik yang dipilih untuk dimuatkan dalam antologi yang baharu ini. Prosa tradisional ini dipetik daripada sumber asalnya, iaitu Rampaisari Prosa Warisan (1988) terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd dengan sentuhan penyelenggaranya oleh Mohd Yusof Md Nor dan Inon Shaharuddin Abdul Rahman.
            Prosa ini bertemakan kepahlawanan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara khususnya Melaka. Prosa ini berlatarkan zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu zaman kegemilangan dan kepahlawanan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka pada ketika itu. Pada masa yang sama Kerajaan Majapahit berusaha untuk melenyapkan Kerajaan Melaka sehingga menghantar hulubalang yang gagah perkasa dalam beberapa siri percubaan untuk mengalahkan Melaka. Percubaan demi percubaan dilakukan sehinggalah Kerajaan Majapahit menghantar Kertala Sari anakanda kepada Petala Bumi. Sebelum itu, ketujuh-tujuh pahlawan Majapahit  telah terkorban dan kecundang di tangan Lakasamana ketika dalam percubaan menewaskan Melaka termasuklah Petala Bumi ayahanda Kertala Sari. Apabila Kertala Sari diminta untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana, tugas tersebut ibarat orang mengantuk disorongkan bantal kerana Kertala Sari berpeluang untuk membalas dendam. Pemergian Kertala Sari ke Melaka telah memulakan episode perjuangannya untuk membalas dendam dan bermaharajalela dengan kejahatan yang berakhir dengan kematiannya di tangan Laksamana.

Tenas Effendy dalam bukunya Pemimpin dalam Ungkapan Melayu (2000) menyatakan pemimpin itu lazimnya dalam masyarakat timur adalah orang yang dituakan. Orang yang dituakan ialah tokoh yang dipilih dan dilantik untuk memegang teraju pemerintahan atau menjadi pucuk pimpinan.  Pemimpin dan kepimpinan  itu pula adalah dua perkara yang sungguh berbeza.  Pemimpin adalah orang yang diberi kedudukan sebagai ketua manakala kepimpinan  merujuk kepada pengaruh dan pengaruh ini tidak memerlukan kedudukan atau pangkat  mahupun status. Kamus Dewan Edisi Keempat  pula memerihalkan kepimpinan sebagai keupayaan memimpin. Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada kata dasar “pimpin” yang membawa erti  bimbing, pandu atau tunjuk. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan membawa pengertian keupayaan atau kebolehan seseorang yang dilantik sebagai ketua untuk memandu dan memerintah golongan atau rakyat yang telah memilihnya dalam sesebuah organisasi sama ada besar atau kecil.
            Pemimpin diberi tiga perkara asas dalam kepimpinannya, iaitu kepercayaan, kekuasaan dan kebebasan.  Jaafar Muhammad (1991) berpendapat bahawa pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Hal ini amat signifikan kerana karisma kepimpinan akan memperlihatkan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang dipimpin. Kepimpinan juga berhubung erat dengan tingkah laku, iaitu keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi dan kebolehan memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi atau sesebuah kerajaan.
          Jika ingin membaca seterusnya....belilah di pasaran PB keluaran Ogos 2015




No comments:

Post a Comment