Friday 31 August 2018

Hari ini...31 Ogos..Jumaat-Pusara Bonda

kami ke sini bertemu bonda. Bonda tetap dihati..walau sudah dimamah bumi. Jiwa bonda tetap terpahat mati dalam hati.



Add caption



azimat berharga pemberian bonda sejak aku tingkatan 5
 1988..hingga kini dalam simpananku.


Friday 24 August 2018

23&24 Ogos..ke Pusara Bonda

24 Ogos..hari ke 11...emak...
Hari ke 10 dan 11..kami ke pusara bonda lagi..mmbaca yassin dan doa agar arwah emakHjh Baenah Bt Hawa ditempatkn dlm klgn mereka yg beriman dan beramal soleh.Semoga emak masuk syurga Mu ta Allah..Allahhuakhbar.

23Ogos..hari ke 10..aku dan Long.



24 Ogos..hari ke 11..aku..Long &Iwan.


Wednesday 22 August 2018

22 Ogos 2018

Hari ini hari raya aidiladha ...kali pertama tanpa emak bonda tersayang. Semoga emak ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman dan solihin. Ya Allah...masukkan emak k syurga.






Friday 17 August 2018

14 OGOS 2018..5.58 am-BONDA KE SYURGA

Hari ini seluruh urat jantung ..salur2 darah dan sendi2 spt kering kontang dan tandus. Dunia kosong..daun2 kelihatan muram...darah kering..air ditelan terasa hempedu...Emakku telah kembali menghadap Ilahi Allah Maha Besar. Tidak sedikit pun dijangaka..tiada tanda2...tiada kata2..tiada pesanan...tiada amaran
kami ditinggalkan buat selama2nya.Allahhuakhbar2..maha sucimu. Tempatkan emakku Hjh Baenah Bt Hawa dalam kalangan org2 yg beriman dan masukkan emakku ke syurgaMu ya Allah ya Rahman ya Rahimm.