Friday, 15 May 2015

AKU SUKA MENCONTENG-ENTAH APA2...



Menulis ialah hobi aku yang paling indah. Apabila melihat sesuatu aku akan menulis setelah memproses apa yang aku lihat. Prosesnya seperti berikut:

MELIHAT+(MENGAMATI+MENGHAYATI)+MENGINTEPRETASI+(MEMIKIR+MEMBUAT PENILAIAN)+MENYARING +MEMILIH MAKLUMAT=MENULIS
Aku akan menulis apa-apa sahaja yang yang relevan dengan dunia aku…apa di sekitarku..peristiwa aku, orang lain, siapa-siapa sahaja. Menulis membuatkan aku melupakan masalah (berhenti sekejap-telefon mak…dah 2 hari tak telefon).  Syukur mak n apak sihat. Ya…sambung lagi, menulis, ya menulis,, aku suka menulis.  Layan sajakku...


Di Mana Hatimu Yahudi?

Serangan panjang yang pedas
Dari setiap pejuru dunia
Menyelarmu Yahudi
Di mana hatimu?
Hitamnya hatimu
Darah makanan kekejamanmu





Ingatkah sejarah silam?
Bila mana Nazi menzalimimu
Kau mengemis simpati
Kau menagih kasih dunia
Kau meratap hiba
Namun kau tidak pernah memahami
Kau tak pernah mengikhtibarkan
Semakin rakus mengorbankan nyawa
Tidak mengikis kezalimanmu
Tidak menghakis kehitamanmu

Rakyat Palestin
Umpama
menyemai benih-benih hampa
menuai hasil-hasil curiga
menghirup udara keganansan
menghidu hanyir darah
menghadap peristiwa berdarah
menyulam cerita hampa
mendakap jiwa lara
menghembus nafas sarat
memamah sang derita
mengunyah pahit hempedu

Mereka pasrah
menyaksikan bumi sendiri
ranap menyembah bumi
namun menyerah
tiada dalam kamus suci

Tidakkah kau sedar wahai Israel
Satu kuasa yang maha agung
Yang maha berkuasa
Yang maha melihat
Yang maha segala-gala
Akan menghisab di akhirnya
Awas akan datang balasan segala
Tatkala kau alpa

  tercetus  2014-Dayasari UM

No comments:

Post a Comment