Sajak yang dicipta sempena SLiK 2015-DBP KL & UKM & PLM
Rintih Bahasa
Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim…meluahkan kerisauan terhadap fenomena kemerosotan
suasana akademik, kemerosotan ilmu, keghairahan terhadap ilmu amat menyedihkan. Bercadang mngembalikan kegemilangan bahasa suatu masa dahulu. PERSPEKTIF PADA MASA INI
MNAKUTKAN KERANA SIKAP KECINTAAN TERHADAP BHS MELAYU MASIH TIPIS. Masyarakat kita lebih mengagungkan bahasa Inggeris.
Profesor Dr Nor Hashimah Jalaludin
Sikap masyarakat menyebabkan kesukaran menaikkan taraf bahasa Melayu di bumi sendiri.
Seruan-terus mmbuatkan penyelidikan kerana bahasa Melayu banyak nilai dan
ranah yang berpotensi untuk diteroka. Beliau mencadangkan agar pengajian Mlayu bersatu /bergabung dua tahun sekali- UKM/UPM/UM/-berkumpul buat sminar kebangsaan dengan DBP.
Foto bunga ros Sania Walchee FB-sekadar hiasan |
Rintih Bahasa
(Secebis kenangan sempena SLiK 2015 Dewan Bahasa Pustaka KL)
Aku
pernah berdiri teguh
Aku
pernah gemilang
Aku
pernah dijulang
Di
persada dunia
Karismaku
teruji
Namaku
mewangi
Fungsiku
melebar
Mengakar
ke bumi menjulang ke langit
Aku
mampu
Memprojeksi
citra manusia
Menyingkap
wajah manusia
Memanipulasi
fakta
Menelaah
isi alam
Membongkar
yang tenggelam
Mengekspresi
emosi
Melantunkan
diksi
Mengungkap
bicara
Memuntah
rasa
Merepresentasi
diri
Menggeledah
dunia intelek
Mengayakan
khazanah ilmu
TETAPI
..
MENGAPA?
Hari
ini aku seperti menongkah arus ganas buas
Bak
gelora ombak tsunami
Dihenyak
arus globalisasi
Dicakar
tangan-tangan kasar
Dicantas
tangan-tangan tajam
Ditusuk
onak duri
Karismaku
diperkotak katik
Wibawaku
diperlekeh
Hingga
aku tenggelam timbul di dasar tak bertepi
Terumbang-ambing
di persada bumi
Aku
sudah gah menjadi bahasa rasmi
Letak
pasakku termaktub dalam perlembagaan
Aku
pernah dibanggai bumi asing
Tapi
Mengapa?
Aku
lemas di anak tiri
Aku
mengemis meminta itu ini
Aku
merintih di bumi sendiri …
Pintaku
…
Aku
harus diperkasa
Aku
wajar direkayasa
Aku
harus diteroka
Aku
mesti digemilangkan
Seperti
suatu masa dahulu
Pasti
ku buktikan
Aku
mampu menjulang namaku.
(Chiakisarb)
No comments:
Post a Comment