Monday 1 December 2014

The King of Pirates Zaman Transformasi

The King of Pirates Zaman Transformasi perlu diperkasa kerana lanun pada zaman transformasi bukan lagi merampas, merompak, membunuh dan mencuri sebaliknya sudah ditransform dan didekonstruksi kepada konotasi yang positif, iaitu untuk pembelaan. King dilantik atas landasan, kawah kreatifnya besar, tahap dan daya pemikirannya yang kritis dalam mengusaikan masalah selain menjadi penasihat dan motivatator merangkap mentor.  King kukenali sejak tahun 1999  semasa mengajar di PBK. Mulai detik itu, King menjadi penasihat kepada aku walaupun aku berada di seberang lautan andai kata kotak fikiran dan sel-sel otak tak dapat berhubung untuk mengusaikan sesuatu isu atau konflik. King sentiasa memberikan khidmat yang percuma tetapi bernas, mantap dan meyakinkan, tidak mengecewakan, relevan dan pelbagai faktor diambil kira.  King seorang yang optimis malahan aku diheret untuk optimis apabila pesimis mula menggoda aku. King mempunyai pemikiran yang mencapah untuk progresif ke arah masa depan, wawasannya jauh...semoga terus sukses dan impian menjadi genggaman. Inilah dia ....King.......



No comments:

Post a Comment